Nik Nur
Kepada puluhan ribu adik-adik yang mendapat 5A dalam UPSR, saya ucapkan tahniah. Khususnya kepada sepupu saya Wan Anis Farzana dan anak saudara Khairun Nadhirah. Alhamdulillah. Apapun saya memang sudah menjangka keputusan mereka, kerana kedua-dua mereka sebelumnya telah mendapat 5A dalam percubaan UPSR.


Teringat kembali saat ketika saya mendapat keputusan UPSR dulu. 1995. Masa tu UPSR hanya 4 subjek. Kami tak belajar Sains kecuali setelah masuk sekolah menengah. Saya bersekolah di SK Kuala Besut II. Sekolah yang sama tempat Umi bekerja. Masa tu Umi sebagai kerani sekolah. Oleh kerana hubungan baik Umi dengan guru-guru di sekolah tu, setiap kali peperiksaan, saya dan adik-adik mesti dapat tahu keputusan peperiksaan lebih dulu daripada pelajar lain. Tak surprise langsung bila cikgu distribute kertas ujian dalam kelas. Umi akan rekodkan markah ujian dan peperiksaan kami dalam diari dia. Umi juga akan bertanyakan hal kami kepada cikgu-cikgu kami. Mungkin juga kerana itu kami sering dapat keputusan yang baik dan selalu berada ditempat tiga teratas.


Begitu juga bila tiba waktu keputusan UPSR. Saya adalah yang pertama tahu keputusan UPSR berbanding rakan lain. Di sekolah kami masa tu hanya seorang sahaja pelajar yang mendapat 4A. Iaitu kawan baik saya. Saya hanya mendapat 3A dan 1B. Sedih jugak lah sikit-sikit. Tak de lah terkesan sangat. Mungkin sebab saya masih budak-budak, lagipun competition bukan macam sekarang. Mungkin Umi agak kecewa. Saya tak pasti sebab saya tak pernah tanya.


Bila difikirkan sekarang, apalah sangat keputusan UPSR tu. Tapi ia adalah indicator untuk menunjukkan tahap pemahaman pelajar tersebut. Saya lebih mementingkan pelajar yang cepat berfikir dan mudah memahami sesuatu perkara. Sebab bertahun-tahun kita belajar di sekolah, adalah untuk kita melatih diri kita berfikir. Ilmu bukan terhenti apabila habis sekolah/ universiti, tetapi berterusan sehingga ke akhir hayat. Kehidupan adalah sistem pembelajaran secara tak langsung. Bagaimana kita berdepan dengan masalah. Bagaimana kita komunikasi. Bagaimana kita berdepan dengan masalah masyarakat, perubahan semasa dan perubahan dunia. Di sekolah, cikgu tak ajar benda-benda ni. Tapi kita belajar cara berfikir. Kita belajar agama. Kita belajar tentang logik. Semua tu, kita simpulkan dan adun dengan pengalaman dan common sense. Yang kadang menjadi dan kadang tidak menjadi. Tapi itulah pengalaman. Itulah kehidupan.


Saya hanya merasa erti hidup selepas habis belajar. Apabila saya mula berdepan dengan dunia ini sendiri. I only have myself to believe in me. Dan perlahan-lahan saya merasakan hidup itu sangat mencabar. Kehidupan tidak mudah. Benar. I'd never dream any of these before. But yet, it still come across. Tebeng-tebeng idop, mati jugok. Life as we know it.


Untuk adik-adik, ini adalah permulaan kisah hidup kalian. Langkah pertama. Tidak ada yang harus dibanggakan dengan 5A. Kerana bukan berapa banyak bilangan A yang harus kamu kejar. Tapi berapa banyak nilai yang ada dalam diri kita. Semoga permulaan ini permulaan yang baik. Perjalanan seterusnya masih panjang. Itu ujian sebenar hidup. Selamat berjaya!!

Pages