Nik Nur
Alhamdulillah..masih berkesempatan bertemu lagi dengan Ramadhan. Da sampai ke penghujung berpuasa baru update di blog. Aduyai. Menyibukkan diri dengan pelbagai perkara. Kali ini Ramadhanku sedikit berbeza. Ini adalah Ramadhan pertamaku sebagai tunang Mohd Shahrizal ( wah, first time nama Abang didedahkan di blog), harap ia juga yang terakhir kerana kalau masih diberi kesempatan bertemu sang Ramadhan tahun hadapan status ku bertukar isteri. Amin. Kedua, Ramadhan kali ini kami sambut dengan Akin jauh dari kami. Moga Akin tabah pertama kali menyambut Ramadhan dan Syawal di bumi orang.

Ramadhan bersama keluarga tersayang

Walaubagaimana pun, Ramadhan tetap indah setiap kali nya. Minggu pertama Ramadhan kusambut dengan keluarga tercinta di Kota Bharu. Umi menyediakan juadah kegemaran kami dan salah satu nya juadah yang telah lama ditinggalkan Umi, Ketupat Sotong. Kira nya, hampir 12 tahun lah kami tidak merasa ketupat sotong buatan Umi. Hehehe.. Bak kata Ojak, Umi buat comeback. Kata Akin "tumben Umi!" wakaka. Berkumpul adik beradik memang membangkit kenangan, cerita-cerita lama yang cukup indah. Kalaulah Akin dekat dengan kami, tentu senda gurau nya yang memecah suasana.. Rindu betul. Jauh di mata, namun begitu dekat di hati.

Minggu kedua Ramadhan, hari Khamis pagi, Abang call bagitau Mak tak sihat. Tiga hari Mak tak dapat makan. So kami buat keputusan untuk balik Teluk Intan tengok Mak. Itulah pertama kali berpuasa di Teluk Intan,bersama Abang dan keluarga mertua. Alhamdulillah. Suasana baru dengan orang tersayang tentu sekali sangat indah. Paling tersentuh bila Mak dan Abah da mula bahasa kan diri mereka 'Mak' dan 'Abah'. Indicator yang menunjukkan mereka mengalu-alu kan ku di dalam keluarga mereka. Buka puasa pertama kami setiba nya kami dari KL, Abah masakkan Ikan pekasam. Rupa nya Abah ingat yang saya sangat gemarkan ikan pekasam pada kali pertama datang ke sana dulu. Terharu sangat.

Bila malam, kami duduk di buaian luar rumah, mengadap ke jalan besar. Angin malam yang sejuk, di temani deruan kereta yang memecah suasana. Ditambah lagi malam berikut nya anak-anak saudara datang 'menyibuk', main bunga api, berteriakan..aduh..semakin difikirkan diriku terasa begitu bertuah. Punya dua keluarga yang cukup meriah.

Pengisian

Selain dari pengalaman berpuasa dan berbuka bersama yang tersayang, Ramadhan ini indah kerana pengisian nya. Dari terawihnya, tadarusnya, membaca al-quran, serta berqiyam. Unik nya Ramadhan ini kerana saya terasa berkobar-kobar untuk membaiki ibadah. Tahun ini saya berkesempatan solat terawih di Masjid Negara. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, yang mana saya begitu berat nak berterawih 20 rakaat. Biasa nya 8 rakaat dan terus witir. Tapi tahun ni alhamdulillah, rasa begitu bersemangat menghabiskan 20 rakaat. Mungkin kerana kemeriahan terawih di Masjid Negara dan kelunakan serta kesyahduan suara imam nya.

Lagi sekali tak tercapai target untuk khatam 30 juzuk. Aduyaii.. banyak masa dilalaikan. Sangat jealous dengan Tiyah sebab Tiyah da khatam 30 juzuk pada hari ke 22 lagi.. Hmm.. takpe,usaha lagi! Niat hati ingin bertemu sang malam, namun adakah rezekiku? Rasa seperti belum cukup berkualiti diri ini untuk dianugerahkan malam itu. Moga qiyam ku ikhlas dan dipandang Allah, walau sedikit, walau kadang rasa berat, walau kadang rasa mengantuk menguasai dan sangat kurang kualiti nya. Namun ini boleh kira nya dipandang sebagai penambahbaikan dalam pembentukan diri ku. Moga selepas ini lebih konsisten dan istiqamah. Amin.

Akan Pergi..

Ramadhan ini tinggal beberapa hari saja. Ia akan berlalu pergi. Entah ada lagi kah peluangku untuk bertemu lagi. Rasa sayu terdetik mengenangkan akan sepi nya malamku dari berterawih, dengan alunan suara syahdu sang imam. Balik dari terawih jam 11 malam, sudah siap sedia untuk tidur. Bangun awal pagi untuk solat walau sedikit (berteman kan kopi bagi menahan mata) serta kenikmatan bersahur yang sederhana. Sungguh.. Akan kurindu mu Ramadhan. Moga Allah masih memberiku peluang berjumpa dengan mu lagi, mungkin dengan suasana berbeza ( sebagai isteri, amin..).

Kembali kepada fitrah

Errr.. apa-apa pun saya tetap teruja untuk pulang ke kampung! Bertemu keluarga terchenta. Dan makanan yang mmmm..yummy. Hoye!
Labels: , | edit post
0 Responses

Post a Comment

Pages