Nik Nur
Alhamdulillah,dengan sedikit kepayahan dan suka duka, saya sudah berada di tangga pertama fasa baru hidup saya. Walaupun dalam keadaan yang sedikit sibuk dan serba kekurangan, pertemuan dua keluarga berjaya diaturkan. Saya agak berdebar-debar ketika kali pertama memperkenalkan pilihan hati saya kepada keluarga. Terutama apabila memikirkan apakah reaksi mereka dan pendapat mereka tentang dia. Saya berharap keluarga dapat menerima dia seada nya dia dan mendoakan kebahagiaan kami.

Tiga hari di kampung sangat membahagiakan. Seronok dengan keghairahan umi dan aba untuk menerima orang baru dalam keluarga kami. Tenang kerana hubungan kami kini sudah mendapat restu kedua-dua keluarga. Gembira kerana dapat bertemu adik-adik tersayang, umi dan aba. Gelak tawa mereka sesungguhnya mendamaikan hati ini.

Ya Allah peliharalah hubungan kami semua. Titipkan lah kasih sayangMu kepada kami. Ya Allah, kami memohon agar kehadiran dia dalam keluarga akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Berilah kebahagian kepada orang-orang yang amat kusayangi ini ya Allah. Berilah nur dan hidayahMu kepada kami. Kami ingin hubungan kami ini terbina dari kasih sayangMu. Amin..

Adik-adik, walaupun kelak nor sudah menjadi seorang isteri, Nor akan tetap menjadi kakak kepada kalian. Kita tetap akan seperti dulu. Nor sayang pada adik-adik. Dilahirkan ke dunia didalam keluarga ini, sebagai kakak kepada kalian adalah sesuatu yang amat Nor syukuri. Adik beradik kito meme beh!

kami..selepas kunjungan keluarga dia.

huhu..
Nik Nur
Hati rasa gundah gulana.

Fikiran melayang-layang.

Di bibir senyum terukir.

Di hati rindu bersinggah.

Hari silih berganti.

Jiwa meronta ingin berjumpa.

Dirinya, lucunya, senyumnya, comelnya.

Semua berkisar tentang dia.

Allah, beriku kekuatan.

Sehingga saat kami disatukan.

Pages