Nik Nur
Okay. Saya jadi lelaki.


Wahaha..


Saya memang menggunakan nama Nik untuk berurusan hal kerja. Lebih profesional. Poyo. Alamat email juga sama. nik@xkehwle!&%$s.com. Nampak unisex. Tapi bila hantar email, akan appear nama penuh saya pada recipient. Kisah nya bila saya email pada seorang perempuan untuk mintak quotation. Rasa nya dah terang-terang keluar nama penuh saya, saya tambah lagi dengan tulis nama penuh kat bawah sekali.


Thanks and Regards,
Nik Nur Azzukhraa.


Tapi setiap kali dia reply email mesti dia tulis mcm ni;


Dear Mr. Nik @ Salam Mr. Nik @ Thank you Mr. Nik @ Mr. Nik, I would like bla bla bla..


a. Adakah dia tak pay attention?


b. Adakah nama saya macam nama lelaki?


c. Adakah cara saya menulis email macam lelaki?


Saya pilih jawapan a. Sebab dia asek tanya soalan yang memang saya dah explain dalam email, da bagi attachment segala.


Anyway, kelakar bila saya bayang kan yang saya lelaki. I am Mr. Nik.
Nik Nur
Alhamdulillah, apa yang kami harapkan akan bakal tiba. Menoleh seketika ke belakang, rasanya seperti kagum, dengan apa yang telah saya lalui. Yup, bukan mudah untuk membina sebuah hubungan, memperoleh kesefahaman, apa lagi ingin menghalalkan hubungan ini. Seperti kata Ojak (pendengar setia), setelah banyak benda dikorbankan dan mungkin banyak air mata yang gugur, Insya Allah, kita akan lebih menghargai pasangan kita.


Dalam masa kurang dari 2 bulan lagi, jika diizin Allah, kami bakal disatukan. Seringkas mungkin agaknya. Dengan kewangan yang agak mengekang, masa yang agak terbatas dan tanggungjawab yang dipikul, semoga majlis itu nanti sempurna seadanya, seringkas yang kami rancang yang boleh menerbit senyum di bibir kami.


Takut pun ada, banyak lagi yang belum selesai. Apa lagi ini kenduri pertama keluarga saya. Alangkah bagus nya kalau Akin dapat bersama kami - mata bergenang -.


Semoga rahmat Allah bersama sama kami.
Nik Nur
Sekarang banyak kan kita dengar orang muda-muda da kena strok, serangan jantung dan high blood pressure. Sangat menakutkan. Tambah lagi ini no.1 killer di Malaysia. Kadang kita rasa orang tu gaya hidup dia aktif jer tapi kena jugak serangan jantung tetiba. Jadi apa yang kita boleh buat? Aktif pun kena jugak,jadi terpaksa akur lah kan dengan ketentuan takdir? Eh,sesuki hati jer nak akur tanpa berusaha. Mana boleh. Ingat tak teori DUIT?
Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal
Da tahu tu, jangan memandai nak tawakkal tanpa usaha dan ikhtiar. Saya cakap begini kerana pernah dengar saudara dekat saya kata - guna ubat mahal pun, kalau nak mati, mati jugak - aiyyooo. Ayat ini adalah susulan Umi iaitu seorang pengguna madu dan habbatus sauda yang sangat tegar, telah menawarkan saudara saya ni beli madu dari Umi demi menjaga kesihatan nya yang kian merudum. Okeh,sekarang Umi bunyi nya macam mengambil kesempatan diatas kesakitan orang lain. TIDAK. Dengan baik hatinya Umi memberi sebotol madu masad percuma kepada beliau, yang berharga RM90. Itupun harga ahli. Semata-mata supaya beliau guna madu instead of drug yang kerajaan bagi percuma kepada orang pencen. Sekali boleh lah bagi free, takkan nak free jer kan. Lagipun Umi jual harga ahli.

Dah lah cerita pasal tu. Sebenarnya saya nak cerita pasal Madu. Melalut sampai situ. The point is orang kita suka makan ubat dari klinik (lebih2 lagi percuma) daripada ikhtiar guna no-effect herbs like madu and habbatus sauda'. Dia macam ni tau. Memang lah kesan madu dan habbatus sauda' tu amik masa yang lama dan harga nya kalau madu tu original dan kualiti tinggi memang mahal. Tak nafi. Tapi sebab apa? Sebab dia memulihkan antibodi badan. Itu pasal amik masa. Standard lah kan. Ubat spital ni lebih kepada tahan sakit. Jadi ko akan rasa ko seperti dah sihat tapi sebenar nya tak. Err..cool ok. 

Apa yang lebih membimbangkan, ubatan spital ni jika diambil berterusan akan mengakibatkan antibodi semulajadi badan lumpuh dan boleh merosakkan buah pinggang. Ngeri. Tapi ini serius. Sebab tu ramai yang kena darah tinggi dan kencing manis, tak lama lepas tu mesti kena sakit buah pinggang. Buah pinggang tak fungsi. Pasal apa? Rosak dek ubat yang spital bagi tu. Ini fakta. Umi kenal rapat dengan seorang doktor pakar yang memang tak suggest ambil ubatan spital ni. Terpulang lah nak percaya ke tak.

Habis tu nak buat apa kalau tak leh makan ubat? Macam saya cakap tadi 'jika diambil berterusan'. Bila doktor anda prescribe anda dengan segala macam ubat, saya tengok ubat kencing manis dan darah tinggi tokwe ada 10 macam, kena makan 2 kali sehari. Boleh tak bayang banyak mana ubat korang kena makan seumur hidup korang? Banyak giler. That's why la kena sakit buah pinggang. HABIS TU??? Sambung balik ayat tergantung. Bila doktor bagi ubat, ambil. Makan seperti yang disarankan. At the same time amalkan makan madu dan habbatus sauda' serta Surah Al-Fatihah. Dan lepas tu slowly reduce the amount of prescription. Jangan tinggal terus. Kang bahaya. Tapi ingat, ini hanya untuk pesakit yang tidak kritikal sahaja. 

Ramai orang kata, madu tu kan manis. Tak elok untuk orang kencing manis. SAPA CAKAP? Yang tak elok tu gula dan nasik lah. Sebab very high glukosa. Oleh kerana Umi pengguna madu dan habbatus sauda tegar, maka kami adik beradik terpaksa rela kalau tersakit tak ada ubat lain yang kami makan. Baik asma, demam, selsema, resdung, pening kepala, darah rendah dan batuk. Madu dan habbatus sauda adalah benda yang mesti ada dalam rumah. Serius. Kalau macam saya, memang tak suka makan ubat. Bagi lah selsema soksek soksek pun, demam ke, tak ada nye pegi klinik kecuali memang nak MC. Saya akan biar jer antibodi badan dengan sendiri nya memulihkan sakit. Beserta makan madu setelah dengar bebelan Umi.

Baru 2, 3 hari ni saya pulih dari selsema. Tegar tak pegi klinik. Tapi keep on makan madu. Dalam setahun, ada la sebiji saya makan panadol. Itupun sebab kat kampung Abang. Since Abang dengan gentleman nya ambil kan air dan keluarkan ubat letak atas tapak tangan. Cair. Terus makan ubat. -,-'

Ini cara makan madu saya.

Madu Asli Yaman.

Masukkan dalam air panas suam suam. Kacau.

Sila minum. Comel weh mug.
Nik Nur
Paling mendebarkan bagi perempuan normal yang belum berkahwin adalah apabila:


PERIOD LEWAT


Maksud period lewat kat sini adalah lewat yang diluar normal. Kalau lewat 3,4 hari still no hal. Tapi kalau dah seminggu belum datang, tunggu lagi..masuk minggu kedua da tak senang duduk rasanya. Put aside yang possibility mengandung. Kerana ini adalah perbincangan untuk mereka yang sangat-sangat pasti tidak ada/tidak pernah ada berudu itu dalam rahim mereka. Complicated ayat. Senang cerita, untuk anak-anak dara lah.



Saya pernah berada di situasi dimana period lewat. Skip sebulan. Cuak yang amat. Takut tak subur. Takut tak leh dapat anak. Takut sakit. Macam-macam lah dalam kepala. Dan diri mula lah menggoogle tentang late/missed period.


Sebenarnya selain mengandung lah kan..banyak sangat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada lewatnya period anda. Tapi, mula-mula, mari kita tengok bagaimana period itu terjadi.

  1. Bagi perempuan yang dah matang, ovari kita akan mengeluarkan telur secara semulajadi. Telur ini adalah bertujuan untuk disenyawakan oleh sperma. Telur ni akan tunggu sang sperma datang untuk bersatu hati sambil bergerak ke dinding uterus (rahim) kita.
  2. Dalam masa yang sama, dinding uterus kita ni akan berkembang dengan gigih. Kenapa pulak dinding ni berkembang? Kerana..untuk membenarkan telur yang akan disenyawakan itu menempel kat dia dan berkembang jadi embrio, fetus semua tu.
  3. Tetapi, jika telur itu tidak bersatu hati dengan sperma (atau sperma tidak masuk kedalam rahim), maka dinding yang berkembang tadi tu yang da penat tunggu untuk telur bertempek tapi tak jugak bertempek, akan gugur lah ia.
  4. Keguguran dinding uterus inilah terjadi darah period.
  5. Sekian terima kasih. 
Okeh, jadi sudah jelas kan? Maknanya, kalau kita tu period skipped, ada kemungkinan yang telur tidak dihasilkan untuk kitar bulan itu. Atau,dinding uterus kita lambat berkembang yang menyebabkan period kita tu lewat beberapa hari. TAPI KENAPA???

Jangan tension, sebab saya dah dua kali melalui skipped period ni. First time memang cuak giler. Sampai pegi jumpa doktor sakit puan segala. Dan ini yang doktor bagitau

It is normal for a normal women to have irregular period cycle once in a while. 

Jadi, jangan cuak dulu. Once in a while tu maksud nya, sekali setahun atau beberapa belas bulan terjadi sekali skipped/ late period. NORMAL. Okay.
Macam kes saya, masa first time terjadi skipped period adalah pada bulan 5 2009. Lepas tu period saya normal seperti biasa. Tak lewat dan tak awal. Lepas tu sekarang terjadi lagi skipped period. Iaitu December 2010. Mari kita semak apa faktor - faktor yang boleh mempengaruhi kelewatan period kita. Bear in mind yang period kita dipengaruhi dan mempengaruhi our level of hormone.
  1. Stress. Tahu kah anda yang apabila anda stress, hormone GnRH anda akan kurang dihasilkan oleh badan. Dan, mengakibatkan ovari tidak berupaya menghasilkan telur. (wah,ye ke?) Yer. Sekiranya ini berlaku, akan jangan gelabah. Sebalik nya anda kena relax, dan proses ovulasi akan berlaku semula secara normal. Masalah selesai.
  2. Anda sakit. Jika anda sakit yang agak serius atau memang serius, Kemungkinan period anda lewat dan tak normal. Oleh kerana badan yang lemah. Tapi biasanya ia sementara. Sebaik anda sembuh insyaAllah anda period normal.
  3. Perubahan aturan hidup anda. Contohnya biasanya anda bekerja pagi hingga petang. Tapi tiba-tiba anda terpaksa kerja hingga lewat malam. Badan dan emosi anda akan terganggu. Kuantiti hormon yang terhasil jugak terganggu.
  4. Pengambilan ubat/herba tertentu. Jika anda ambil ubat atau herba baru, ia akan mengakibatkan period anda lewat. Oleh itu, kalau perlu ambil ubat sesuatu, tanya lah doktor anda akan kesannya terhadap period cycle anda.
  5. Overweight. Ini benar. Jika badan anda mencanak-canak naik nya. Memang patut period anda terganggu, atau mungkin akan stop terus. Jadi, control makan bukan hanya untuk cantik tetapi juga untuk sihat, subur dan masa depan anda. Jaga BMI badan supaya tidak lebih dari 25.
  6. Terlalu kurus. Gemuk salah, kurus sangat pun salah. Ini jugak benar. Kalau anda terlalu kurus iaitu BMI badan kurang dari 18, anda memang patut bersedia untuk tidak subur. Tak payah lah nak kurus sangat sampai telur pun takut nak keluar. Makan berkhasiat lebih sikit.
  7. Terlebih exercise. Huhu..bagi perempuan yang aktif sukan maksud nya atlet, penari, swimming dan apa-apa aktiviti yang lasak, ia boleh menyebabkan period anda lewat dan tak normal. 
 Secara ringkas nya, late period ini berlaku kerana hormonal imbalance. Macamana nak induce period?
  1. Jumpa doktor. Saya jumpa doktor dulu. Dan doktor prescribe saya dengan norulet. After 5days, I got my period. Selesai masalah.
  2. Minum teh halia/parsley. Ini cara selamat. Dimana ia akan stimulate contraction pada uterus dan seterusnya membantu untuk period. Cara ini hanya untuk yang lewat period disebabkan stress.
  3. Hidup sihat. Jangan ambil aspirin, jangan ambil caffeine, kurangkan red meat, dan banyakkan sayur, buah buahan. Buah sperti betik, mangga dan nenas boleh induce period.
  4. Ambil Vitamin C. Tapi kena banyak minum air.
  5. Sit-ups. Atau apa-apa exercise yang melibatkan abdomen. 
  6. Sexual intercourse. Untuk yang dah berkahwin sahaja. Kerana semasa hubungan berlaku, banyak darah dipump ke bahagian vaginal. Hormon yang wujud dalam air mani boleh membuatkan perempuan relax dan rahim jadi soften.
Hidup sihat, baru bahagia.
Nik Nur
Oooppsss..tajuk ini tidak kena mengena dengan saya. Heheh..since 22 December ari tu baru jer masuk umor 27tahun (atooii). Jadi tajuk ini sangat lah berkenaan dengan orang yang birthday dia bulan January. To be specific, Iroh dan Ana. Orang tgh horey horey sambut tahun baru Iroh terus bertukar umor..wakaka.. Happy Birthday my dearest sister!! Basyirah the 13th.. O.o Bunyi seram toh!

Anyway kami sambut birthday Iroh dengan aktiviti biasa kami untuk tahun baru - makan maggi dua tahun! woo..lama tuh.. Dari 2010 hingga 2011 makan maggi. ahahah. Acara wajib kami tiap kali sambut tahun baru.


Wokeh, mari memasang azam. Tahun lepas punya azam taktau da achieve belum..sudey lupe..adoyaii. Takpe,yang da lepas tu biar la lepas. Yang penting azam tahun ni kena tulis dalam blog so that boleh ingat dan achieve before end of 2011. ooyeahhh..
  1. Kawen (hahaha.. no. 1 tuh. jelas sangat memang nak kawen sesangat. anyway it will come true this coming march..oho..insyallah)
  2. Nak ada rumah sendiri. (mencabar ni..pasal melibatkan duit yang banyak. but i really really want to own a house..ok, cuba achieve sebelum hujung tahun..jadi lepas kawen nanti kena super jimat lah..wah lagi mencabar!)
  3. Nak lebih banyak membaca. (Meaning to say, read more knowledgeable books . Bukan baca novel ok! ini jugak langkah-langkah bagi tidak memberi duit kepada kerajaan)
  4. Nak hilangkan 4kilos. (Sebelum menjelangnya hari nan ditunggu-tunggu itu)
  5. Nak memperelokkan ibadah wajib. (solat awal waktu)
  6. Nak memperbanyakkan dan mengistiqomahkan ibadah sunat. (solat sunat, puasa sunat, sedekah)
  7. Nak beli jam baru (oooohhh..yang kepala dia bulat dan sedikit boyish yet feminine)
  8. Nak hafal surah quran (betul-betul nak hafal - dapat 1 surah al-waqiah da kira ok.)
  9. Nak simpan duit beli emas (da lama azam nih..hohoi..kali ni kena serius)
  10. Nak lebih baik dalam kerjaya (projek baru da masuk, insyallah akan mula sibuk dan menyibuk)
  11. Nak jadi isteri solehah (so related to the first resolution,aminn)
Tu je lah kot.


Sekarang mari kita realisasikannya satu persatu. Sigh..banyak lah pulak.


SELAMAT TAHUN BARU!

Pages