Nik Nur
Aduhaiii..Penantian sekian lama akhirnya tiba. Saya sangat-sangat teruja untuk mengikuti kesudahan Harry Potter ni. Sebelum tayangan premier HPDH, i'm equipped myself with the story line by re-watched the previous HP movie and reading HPDH book. You know, to get back into Hogward time, and to fully understand the characters and story line.
I read the book first. Like 12 chapters then I cant stop myself to walk into theater. Heee, orang lain awal2 lagi da khatam buku. So, with the 12 chapters of HPDH in my head, I went to see the movie at TGV Wangsa Walk. Well, the book was so interesting that I'd barely left wherever I go. (Hmmm..kalau lah mood membaca buku ilmiah macam gini jugak, alangkah bagusnya..). I am thinking, how J.K. Rowling got the idea? She is incredibly genius! Especially The Will of Albus Dumbledore. The will that guided them to kill the Horcruxes and to the search of Deathly Hallows. Arghhh!!Jemmm! Best Giler.(Ok, manners..)

Buku
Macam biasa lah, movie tak ikut 100% apa yang dalam buku. So, banyak scene yang agak lari dari jalan cerita sebenar. Dan banyak scene yang terpaksa di ringkaskan sehingga hilang sedikit emosi, cemas dan drama yang sepatut nya ada. Sebagai contoh, dalam movie tidak menceritakan bagaimana perasaan Harry untuk berpisah Dursleys sebelum mereka meninggalkan Privet Drive. Malah, dalam buku siap ada satu chapter untuk ini - The Dursleys Departing. Sangat menyentuh perasaan. Yang kedua, scene di mana Harry, Ron dan Hermione terima Dumbledore's Will. Sebenarnya ada argument di antara Scrimgeour dan diorang. Yang sebenarnya Ministry of Magic menyiasat will Dumbledore tu kot-kot ada hidden message. Part ni memang best. Seterusnya, scene di wedding Fleur dan Bill. Harry tak muncul sebagai diri dia dalam wedding tu. Untuk mengelakkan tetamu yang mungkin Death Eaters daripada tahu yang Harry datang ke wedding tu. So Harry took Polyjuice Potion to transform into Barny Weasley. Heheheh.. Ada satu part dalam wedding ni yang sangat kelakar. Di wedding ni jugak, banyak tentang Dumbledore terbongkar.
Kira nya, banyak lah yang terpaksa diringkaskan untuk munculnya HPDH Part 1 tu.

Movie
Walaupun jalan cerita ada lari sikit, here and there. Tetapi movie HPDH Part 1 tetap best. The first 5 minutes almost break me into tears. Bagi saya, dari segi lakonan dan jalan cerita, HPDH Part 1 improved a lot from the previous HP movie. Mungkin jugak kerana lebih banyak aksi dan kejutan. Malah lebih banyak drama. Terutama ketika pemburuan Horcruxes. Part Hermione dan Ron, sangat menarik dan sweet. Gaduh-gaduh sayang gitu. Masa 2 jam 20 minit tu terasa sangat singkat. Saya tak merasa begini ketika menonton HP : The Order of The Phoenix. Memang sangat2 berbaloi. Dua minggu pertama tayangan, harga tiket memang tinggi. Rm13. Alah, sebab diorang tahu yang filem ni memang di tunggu-tunggu.Rasa macam nak pegi tengok lagi sekali jer.

Sekarang saya tengah nak menghabiskan buku ni. So, for the movie, I give - 9/10. As for the book, 11/10. Hehehe. Sedih pun ada, sebab ini buku yang terakhir. Ini first time saya beli HP series yang hard cover. Love it!! Sebelum ni beli yang soft cover jer. Sebab biasa nya hard cover harga RM 99. Dan soft cover around RM 40+. But this time I got hard cover for only RM49.90!!!!! Really cheap for the superb book. And I love them to come with children cover very much. First because of the cover illustration itself, but the most attracted about it is that the font of the content, the size of the book, that really put my mood needle to point to excitement indicator. 

 My Precious Harry Potter and The Deathly Hallows

I dont really like adult cover for its illustration and size and font. But I bought HP and the Chamber of Secret and HP and the Order of the Phoenix in adult cover. That only because at that time, children cover is out of stock and I can not wait to buy. Heeee. So, that's it. Thanks J.K. Rowling. For the books that have drowned us into magical imagination. I stuck with Harry, Ron and Hermione from the first time knew them. You know, I love the fact that I fell in love with HP series. And I still am.
Nik Nur
Kepada puluhan ribu adik-adik yang mendapat 5A dalam UPSR, saya ucapkan tahniah. Khususnya kepada sepupu saya Wan Anis Farzana dan anak saudara Khairun Nadhirah. Alhamdulillah. Apapun saya memang sudah menjangka keputusan mereka, kerana kedua-dua mereka sebelumnya telah mendapat 5A dalam percubaan UPSR.


Teringat kembali saat ketika saya mendapat keputusan UPSR dulu. 1995. Masa tu UPSR hanya 4 subjek. Kami tak belajar Sains kecuali setelah masuk sekolah menengah. Saya bersekolah di SK Kuala Besut II. Sekolah yang sama tempat Umi bekerja. Masa tu Umi sebagai kerani sekolah. Oleh kerana hubungan baik Umi dengan guru-guru di sekolah tu, setiap kali peperiksaan, saya dan adik-adik mesti dapat tahu keputusan peperiksaan lebih dulu daripada pelajar lain. Tak surprise langsung bila cikgu distribute kertas ujian dalam kelas. Umi akan rekodkan markah ujian dan peperiksaan kami dalam diari dia. Umi juga akan bertanyakan hal kami kepada cikgu-cikgu kami. Mungkin juga kerana itu kami sering dapat keputusan yang baik dan selalu berada ditempat tiga teratas.


Begitu juga bila tiba waktu keputusan UPSR. Saya adalah yang pertama tahu keputusan UPSR berbanding rakan lain. Di sekolah kami masa tu hanya seorang sahaja pelajar yang mendapat 4A. Iaitu kawan baik saya. Saya hanya mendapat 3A dan 1B. Sedih jugak lah sikit-sikit. Tak de lah terkesan sangat. Mungkin sebab saya masih budak-budak, lagipun competition bukan macam sekarang. Mungkin Umi agak kecewa. Saya tak pasti sebab saya tak pernah tanya.


Bila difikirkan sekarang, apalah sangat keputusan UPSR tu. Tapi ia adalah indicator untuk menunjukkan tahap pemahaman pelajar tersebut. Saya lebih mementingkan pelajar yang cepat berfikir dan mudah memahami sesuatu perkara. Sebab bertahun-tahun kita belajar di sekolah, adalah untuk kita melatih diri kita berfikir. Ilmu bukan terhenti apabila habis sekolah/ universiti, tetapi berterusan sehingga ke akhir hayat. Kehidupan adalah sistem pembelajaran secara tak langsung. Bagaimana kita berdepan dengan masalah. Bagaimana kita komunikasi. Bagaimana kita berdepan dengan masalah masyarakat, perubahan semasa dan perubahan dunia. Di sekolah, cikgu tak ajar benda-benda ni. Tapi kita belajar cara berfikir. Kita belajar agama. Kita belajar tentang logik. Semua tu, kita simpulkan dan adun dengan pengalaman dan common sense. Yang kadang menjadi dan kadang tidak menjadi. Tapi itulah pengalaman. Itulah kehidupan.


Saya hanya merasa erti hidup selepas habis belajar. Apabila saya mula berdepan dengan dunia ini sendiri. I only have myself to believe in me. Dan perlahan-lahan saya merasakan hidup itu sangat mencabar. Kehidupan tidak mudah. Benar. I'd never dream any of these before. But yet, it still come across. Tebeng-tebeng idop, mati jugok. Life as we know it.


Untuk adik-adik, ini adalah permulaan kisah hidup kalian. Langkah pertama. Tidak ada yang harus dibanggakan dengan 5A. Kerana bukan berapa banyak bilangan A yang harus kamu kejar. Tapi berapa banyak nilai yang ada dalam diri kita. Semoga permulaan ini permulaan yang baik. Perjalanan seterusnya masih panjang. Itu ujian sebenar hidup. Selamat berjaya!!
Nik Nur
Saya ingin istiqomah melakukan sesuatu. I am very eager to start, but at one point, I am worrying myself not consistent doing it. Saya mencari sebab. Kerana apa saya ingin istiqomah. Jauh di sudut hati saya, saya mohon pada Allah agar saya ikhlas. Kerana tuntutan saya sebagai hamba dan ingin lebih dekat dengan Dia. Tapi di sisi lain, saya berharap supaya jalan yang saya pilih dipermudahkan Dia. Beban yang ditanggung hati kadangkala terasa perit.


اللَّـهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksud doa : Ya Allah, tolong aku supaya berzikir kepada Mu, bersyukur pada Mu dan memperelokkan ibadahku pada Mu.
Moga saya sentiasa istiqomah dan ikhlaskan hati.  
Nik Nur
Hampir jam 12 tengah malam tadi, mataku masih segar. Sementara tunggu mata ini mengantuk, kucapai handphone dan connect dengan wifi rumah. Buka saja facebook, keluar notification. Rupanya Ena tagged namaku di status nya. 

"pintu ati diketuk rindu pd kalian... Hasnah Yunus, Asiah Salleh, Tn Norhaslinda Nek We, Nik Hasyyati, Nik Nur Azzukhraa & Al-Kauthar's members>>>ukhwah fillah ini terjalin berkurun sudah..walau jauh dipisah ruang, tempat n ms..janji yg termetri akn dibw bersm..wlau ms dijanjikn tlh meninggalkn kite, namun jauh di sudut... nanti, kite diberi kesemptn bertemu lagi..insyaALLAH..."

Subhannallah..berjujuran airmata ku disaat aku membaca status ena. 

"jgn cmtu sahabat..kuatkn smangat..insyaALLAH, aturan yg diberi adalh yg termanis n terindah tuk kite lalui..
tp sungguh rindu kat korg...jujurnye lupe 10.10.10 tu, yg ingt der perjanjian antra kite yg masih dipegang erat... kerna DIA kite bertemu, kerna DIA ukhwah ini terjalin kemas, aku pasti DIA akn aturkn pertemuan manis tuk kite bersama...insyaALLAH... yg pentg, kite berusaha ke arah itu..."

Allah..entah kenapa hati ini begitu rindu kan mereka. Kamu..teman diwaktu mula memahami dunia, teman ketawa, teman sedih-ku, teman belajar-ku dan kita bagai bersaudara kala itu. 12 tahun sudah berlalu, Kali terakhir aku masih ingat, menangis teresak-esak kerana aku bertukar sekolah. Semoga ukhuwah ini, tetap teguh. Walau jarak memisah, keterbatasan masa dan komitmen. Kamu..tetap sahabat ku..dunia dan akhirat insyallah. Kenangan itu cukup indah. 

Mungkin di lain waktu, Allah mengatur pertemuan kita.

Nik Nur
Hari Selasa lepas saya berpuasa, menghabiskan saki baki puasa Syawal. Heeee, da akhir2 Syawal baru lah sibuk nak berpuasa. Mana tak nya, asek tergoda jer dengan makanan. Nak dijadikan cerita, hari itu saya sangat lah teringin nak makan Laksa Sarawak. Tak pastilah kenapa.

Minggu sebelum tu saya pernah rasa laksa sarawak di Secret Recipe. Itu pun 'tumpang rasa' officemate punya order.Tapi laksa sarawak di Secret Recipe tu lain mcm sikit, bau dia semerbak macam bau jamu. Serius! Itu lah first time saya makan laksa sarawak.Rasa dia quite OK, tapi bila makan banyak, bak kata kawan saya, rasa dia lain macam. Mungkin kerana herba dan rempah yg begitu kuat. Lepas makan pun, kami masih terbau-bau rempah. Tapi, takde rasa pedas. Dan laksa sia menggunakan mee kuning.

Tak puas hati dengan rasa kat Secret Recipe (walaupun tumpang rasa jer..kekeke), (sebab saya rasa pelik jer, nape kuat sangat rasa rempah dia? memang macam tu ke?), saya mula lah menggoogle. Susah betul nak cari laksa sarawak di Kuala Lumpur ni. Cari punya cari, asek nama restoran Cina kat Bangsar tu yang keluar. Adeiii. Beberapa blog yang saya jumpa ada ulaskan tentang Laksa Shack. Tapi ulasan tentang laksa sarawak tu agak kurang memberansangkan, tambah pula saya perhati kan, di Laksa Shack, asam laksa dia ada letak ikan ketul2? dan kuah nampak cair..aiyak?? not so asam laksa. how come they claimed they're expertise in laksa? Bagi saya, kalau pun mereka nak menaikkan imej laksa menjadi lebih moden, mereka tak patut ubah rasa dan resipi asal laksa. Mungkin saya kolot. Saya mungkin akan cuba laksa sarawak di Laksa Shack, tapi lain kali. Masih mencari lagi. Resipi laksa sarawak pun susah nak dapat. Yang banyak dipromosikan ialah paste laksa sarawak Hj Manan. Saya AKAN beli, dan cuba masak sendiri. Tengok komen-komen positif jer.

Tapi buat masa ni, saya nak makan yg orang sarawak sendiri buat. AKHIRnya, saya jumpa!! Tambah menggembirakan, tempat tu sangat lah dekat dengan office saya. So, apalagi..berbuka dengan laksa sarawak lah saya hari tu. Bau dia sangat best (belum rasa lagi), dan gambaran nya memang sama macam laksa sarawak yang saya tengok di internet..guna bihun. Bila tiba masuk mulut..perghhhh..pedassss amat.. Mak aiii..cam gini ke laksa sarawak??? adoyaiii camne nak makan ni? Tapi yg pelik nya..saya sukakan bau  dan rasa rempah dia. Tolak ketepi jap rasa pedas tu..hmm.. Masa beli tadi nya, owner kedai tu rasa dulu kuah dia tu (mungkin sebab baru masak), terbatuk-batuk dia tau. Pastu saya terdengar dia cakap "pedas". So saya buat kesimpulan, mungkin kuah dia hari tu terlebih pedas dari biasa (positif betul). Oleh sebab saya belum bayar lagi duit laksa tu (kerana takde duit kecik, btw..baik kan encik kedai tu.. dah la first time saya pi situ), so keesokan hari nya, saya gi lagi kedai tu.

En Kedai : Err, laksa semalam tu pedas, boleh makan ke??
Me : Haaa..tu lah..pedas sangat, saya makan bihun dia jer. Kuah dia tak leh makan. Mulut jadi panas. (sambil tersenyum)
En. Kedai : Semalam tu tersalah letak lada sebenar nya. Sepatut nya tak pedas macam tu.
Me : ooo..yeke.. so, kalau saya beli lain kali, rasa dia tak macam tu lah?
En. Kedai : Tak..saya sendiri pun rasa, uiii..pedas. Kuah dia ni, lagi lama lagi sedap.
Me : ooo..boleh la saya beli lagi lain kali. Saya ni tak penah rasa laksa sarawak sebenar nya.

Kesimpulan :
1. En. kedai tu sangat baik hati dan mesra. Dia memang orang sarawak.
2. Aroma rempah dan rasa rempah dia sangat membangkit kan selera. Bau dia tak lah macam jamu. Dan ada bau serta rasa daun limau sikit. Sedap! Tambah sedap lagi, ada 3 ketul udang besar dan beberapa ketulan kecil ayam.

3. Kalau tak pedas, saya pasti, kuah dia memang sedap..so, definitely, I will come again!
4. Harga dia berpatutan - RM 5.00
 ***

Kedai - Err..taktau nama apa. Tapi ada bendera sarawak besar kat kedai dia.
Camner nak ke sana - Opposite LRT Wangsa Maju, sekiranya datang dengan tren, kena amik jejantas. Ada rumah flat kt area situ. Masuk jalan ke flat tu (Kiri semestinya), dan terus amik simpang kanan. Kalau ke kiri, ke arah Jusco Alpha Angle. Terus je, akan ada banyak warung2 sebelah kanan. kedai dia di hujung sekali. Senang jer cari.
Gambar - errr...puasa kan, makan laju jer..lupa nak amik gambar..kakaka.

Nanti saya akan ke sana lagi. Dan cuba versi kurang pedas yg original. Heehehe. Nanti saya akan update lagi.
daaa~

UPDATE

Saya telah ke kedai tu untuk kali ke 3. Kali ni saya nak cuba lagi laksa sarawak versi asal kedai tu. Kali ini saya makan di situ memandangkan hari masih awal dan saya pula menunggu waktu maghrib. Laksa sarawak dihidangkan dalam mangkuk sederhana besar. Dihidangkan bersama sambal yang special made untuk laksa itu. Sambal tu sangat unik sebab rasa pedas dan masam yang sangat seimbang dan begitu berbeza dengan kebiassaan sambal. Saya rasa cili yang digunakan juga adalah cili yang khas dari sarawak, mungkin..

Rasa pedas yang saya rasa semasa pertama kali dulu, sudah tak ada. Hmm, dan kali ni, saya benar-benar dapat menikmati rasa rempah. Sedap! Kalau hendak pedas, letak sambal banyak sikit. And they become very tasteful. I definitely will go there again and again. Hehe..
Nik Nur
Sebulan puasa seperti nya berlalu cepat sekali. Kepergianmu kuratapi, tidak ada lagi solat terawih. Tiba-tiba aku terasa rindu sangat dengan suasana Masjid Negara. Penyaksian suka-ku, duka-ku, rindu-ku dan tangis-ku. Namun kehadiran Aldilfitri ku sambut gembira. Gembira kerana dapat berkumpul sanak saudara, merasai rendang marvellous umi dan aba, dan paling penting gembira kesyukuran. Namun, aku merasakan prestasi Ramadhan ku teruk sekali. Sedih. Salahku sendiri. 30 juzuk saja tidak sempat ku khatamkan. Juga tidak istiqomah solat malam. Mujur terawih masih cuba kusempatkan. Moga diberi peluang menebusnya di Ramadhan akan datang amin.


Selamat Hari Raya untuk semua ahli keluarga ku. Umi dan Aba tersayang. Adik-adik pengubat duka-ku. Tunang yang sentiasa memahami. Juga yang lain nya. Serta kepada semua 'watak-watak sampingan' hidup-ku yang turut menyumbang ceria. Dosa ku terlalu banyak pada Allah. Justeru, ampun maaf itu kudahulukan kepada Yang Maha Esa.

sebelum bersolat sunat aidilfitri

Menu pagi raya yang so tasteful. Terutama nasi mendi dan rendang. Ya-Allah, sangat best. Wajib menuntut dengan Aba nih..heheh.   
kamu-kamu..

sebahagian dari nya.

Cukup lah. Malas pulak nak upload banyak-banyak. Huhu.. Raya!!!
Nik Nur
Ujian.
Dugaan.
Sesungguhnya Allah sedang berbicara dengan kami tentang Sabar.
Maka, jangan lah kami putus asa dengan rahmat Allah.
Takut nanti hati kecil menidakkan sifat Allah yang Maha Adil.

Kabus takkan berpanjangan.
Pasti ada sinar disebaliknya.
Masih ku mencari dahanMu untuk ku berpaut.
Ujian ini kerana belas Mu pada ku.
Supaya kami sentiasa dekat denganMu.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku

...bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya.. (Yusuf : 18)
Nik Nur
Alhamdulillah..masih berkesempatan bertemu lagi dengan Ramadhan. Da sampai ke penghujung berpuasa baru update di blog. Aduyai. Menyibukkan diri dengan pelbagai perkara. Kali ini Ramadhanku sedikit berbeza. Ini adalah Ramadhan pertamaku sebagai tunang Mohd Shahrizal ( wah, first time nama Abang didedahkan di blog), harap ia juga yang terakhir kerana kalau masih diberi kesempatan bertemu sang Ramadhan tahun hadapan status ku bertukar isteri. Amin. Kedua, Ramadhan kali ini kami sambut dengan Akin jauh dari kami. Moga Akin tabah pertama kali menyambut Ramadhan dan Syawal di bumi orang.

Ramadhan bersama keluarga tersayang

Walaubagaimana pun, Ramadhan tetap indah setiap kali nya. Minggu pertama Ramadhan kusambut dengan keluarga tercinta di Kota Bharu. Umi menyediakan juadah kegemaran kami dan salah satu nya juadah yang telah lama ditinggalkan Umi, Ketupat Sotong. Kira nya, hampir 12 tahun lah kami tidak merasa ketupat sotong buatan Umi. Hehehe.. Bak kata Ojak, Umi buat comeback. Kata Akin "tumben Umi!" wakaka. Berkumpul adik beradik memang membangkit kenangan, cerita-cerita lama yang cukup indah. Kalaulah Akin dekat dengan kami, tentu senda gurau nya yang memecah suasana.. Rindu betul. Jauh di mata, namun begitu dekat di hati.

Minggu kedua Ramadhan, hari Khamis pagi, Abang call bagitau Mak tak sihat. Tiga hari Mak tak dapat makan. So kami buat keputusan untuk balik Teluk Intan tengok Mak. Itulah pertama kali berpuasa di Teluk Intan,bersama Abang dan keluarga mertua. Alhamdulillah. Suasana baru dengan orang tersayang tentu sekali sangat indah. Paling tersentuh bila Mak dan Abah da mula bahasa kan diri mereka 'Mak' dan 'Abah'. Indicator yang menunjukkan mereka mengalu-alu kan ku di dalam keluarga mereka. Buka puasa pertama kami setiba nya kami dari KL, Abah masakkan Ikan pekasam. Rupa nya Abah ingat yang saya sangat gemarkan ikan pekasam pada kali pertama datang ke sana dulu. Terharu sangat.

Bila malam, kami duduk di buaian luar rumah, mengadap ke jalan besar. Angin malam yang sejuk, di temani deruan kereta yang memecah suasana. Ditambah lagi malam berikut nya anak-anak saudara datang 'menyibuk', main bunga api, berteriakan..aduh..semakin difikirkan diriku terasa begitu bertuah. Punya dua keluarga yang cukup meriah.

Pengisian

Selain dari pengalaman berpuasa dan berbuka bersama yang tersayang, Ramadhan ini indah kerana pengisian nya. Dari terawihnya, tadarusnya, membaca al-quran, serta berqiyam. Unik nya Ramadhan ini kerana saya terasa berkobar-kobar untuk membaiki ibadah. Tahun ini saya berkesempatan solat terawih di Masjid Negara. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, yang mana saya begitu berat nak berterawih 20 rakaat. Biasa nya 8 rakaat dan terus witir. Tapi tahun ni alhamdulillah, rasa begitu bersemangat menghabiskan 20 rakaat. Mungkin kerana kemeriahan terawih di Masjid Negara dan kelunakan serta kesyahduan suara imam nya.

Lagi sekali tak tercapai target untuk khatam 30 juzuk. Aduyaii.. banyak masa dilalaikan. Sangat jealous dengan Tiyah sebab Tiyah da khatam 30 juzuk pada hari ke 22 lagi.. Hmm.. takpe,usaha lagi! Niat hati ingin bertemu sang malam, namun adakah rezekiku? Rasa seperti belum cukup berkualiti diri ini untuk dianugerahkan malam itu. Moga qiyam ku ikhlas dan dipandang Allah, walau sedikit, walau kadang rasa berat, walau kadang rasa mengantuk menguasai dan sangat kurang kualiti nya. Namun ini boleh kira nya dipandang sebagai penambahbaikan dalam pembentukan diri ku. Moga selepas ini lebih konsisten dan istiqamah. Amin.

Akan Pergi..

Ramadhan ini tinggal beberapa hari saja. Ia akan berlalu pergi. Entah ada lagi kah peluangku untuk bertemu lagi. Rasa sayu terdetik mengenangkan akan sepi nya malamku dari berterawih, dengan alunan suara syahdu sang imam. Balik dari terawih jam 11 malam, sudah siap sedia untuk tidur. Bangun awal pagi untuk solat walau sedikit (berteman kan kopi bagi menahan mata) serta kenikmatan bersahur yang sederhana. Sungguh.. Akan kurindu mu Ramadhan. Moga Allah masih memberiku peluang berjumpa dengan mu lagi, mungkin dengan suasana berbeza ( sebagai isteri, amin..).

Kembali kepada fitrah

Errr.. apa-apa pun saya tetap teruja untuk pulang ke kampung! Bertemu keluarga terchenta. Dan makanan yang mmmm..yummy. Hoye!
Nik Nur
Hati ini berasa rindu
Rindu pada sang kekasih
Puas dicuba hilangkan pilu
Tetap jua terkenang kasih

Pada Mu Tuhan aku meminta
Hindari kami hasutan dan perih

Kelak kami ingin bersama
Atas nama-Mu mengikat kasih

Duhai hati jangan begini
Sesungguhnya Allah sedang berbicara denganmu tentang Sabar.
Labels: 0 chocolates | | edit post
Nik Nur
Tanggapan saya sebelum ni iaitu semasa saya di tingkatan lima SMKA Tangok, masa tu saya ambil subjek Pendidikan Quran dan Sunnah dan sebahagian soalan wajib dalam exam adalah berkenaan tajwid, pada masa tu saya memang tak mengenal sangat hukum-hukum tajwid ni. Bagi saya (masa tu lah) buat apa nak sibuk-sibuk belajar tajwid, asal pandai baca sudah lah..yang penting boleh baca quran. Bahagian soalan tajwid mesti banyak salah..huhu.

Pandangan saya berbeza sekarang. Mula nya terjadi apabila saya membaca al-quran dan sering timbul tanda tanya lebih kurang macam ni - errr, macam mana na baca ni ek? apsal dia takde baris? da tu nak baca camner? errr, betul ke aku dengung sesuka hati aku nih?.... Dan bermacam-macam lagi lah. Saya mula membaca Al-Quran dari saya belajar di PASTI. Masa tu saya baru kenal huruf-huruf Al-Quran. Bila dah besar sikit, Umi mula ajar mengeja dan seterus nya membaca surah-surah muqaddam. Soal dengung, kejelasan bacaan, makhraj dan sewaktu dengan nya, semua tu saya belajar secara mendengar dari umi dan teguran-teguran umi jika saya salah baca. Saya tidak belajar tajwid secara rasmi sehingga sekolah KAFA.

Di sekolah KAFA, disebabkan saya masih budak masa tu, orientasi fikiran saya takde lah berapa betul. Hehehe. Saya belajar hanya untuk tujuan peperiksaan. Adalah beberapa hukum yang saya ingat sikit-sikit, formula-formula yang ustazah bagi. Tapi, that's it. Saya tidak mengamalkan sangat. Alhamdulillah saya khatam 'baca' Al-Quran pada usia 13 tahun. Jadi saya rasa saya dah pandai lah baca Quran. hoho..riak betul..

Da umur 26 (nak masuk 27 lagi 6 bulan) baru lah saya tergerak hati nak betul-betul belajar tajwid. Surah Al-Muzammil ayat 4 memberitahu :

 yang maksudnya ;
"Bacalah Al-Quran dengan tartil ( menjaga hukum tajwid)"

Bila dah mula belajar ni, banyak benda baru yang saya tahu. Alhamdulillah. Rupa nya terlalu cetek ilmu kita. Macamana nak dapat pahala membaca Al-Quran kalau baca ikut sedap kita jer kan? Lebih penting, bacaan dalam solat itu yang harus dijaga supaya solat kita diterima. 

Saya seronok dapat belajar Al-Quran dengan betul-betul. Seronok sehingga saya rasa ingin cepat-cepat kahwin dan dapat anak dan ajar anak-anak saya baca Al-Quran cara yang betul. Wahhh...(point nya nak cepat kawen...adeiii.)

Nik Nur
Baru-baru ni, saya ikut keluarga makcik balik ke kampung nya di Jengka. Tak plan pun! Disebabkan semua nak pergi, jadi tak muat 1 kereta. Terpaksa-rela lah diriku pergi..hoho.. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam ( pergi dengan family, tahu-tahu lah, asek nak berhenti jer ). Kami bergerak dalam jam 5 petang dari Sg. Buloh dan sampai rumah Opah jam 7.15 ( 2jam 15 minit okay..).

Kampung nya di Felda 15. Suasana kampung yang sangat menyenangkan. Keluar je dari kereta terus petik buah rambutan. Hehehe..parking betul-betul bawah pokok rambutan. Memang sedap rambutan ni. Isi dia masih keras dan tak berair.

Opah seorang yang sangat mesra. Banyak dia beli lauk untuk dimasak malam tu. Selepas maghrib, kami tolong Opah masak. Hmmm, makan ikan singgang, ikan goreng, ayam goreng, petai, budu, sambal belacan dan tempoyak. Aduiii, sedap amat! Selepas makan kami bersenang-senang depan TV sambil borak-borak. Rumah kampung itu agak panas. Tapi cuaca kat Malaysia secara umum nya memang semakin panas. Cuma di rumah tu lebih terasa panas nya mungkin kerana kipas nya yang agak usang. Tapi air nya sejukkk!!

Esok nya pepagi kami dah makan banyak. Heheh..kat kampung ni asek makan jer. Pagi tu saya makan bihun goreng + mee goreng dan nasi ikan singgang semalam. Aduyai.. Yang menarik nya, masa makan pagi tu, Opah ada bagitau sesuatu yang saya ingat sampai sekarang. Dia cakap, setiap orang ada rezeki masing-masing. Ada yang Allah bagi sedebuk sekali gus. Ada yang Allah bagi sikit-sikit, Allah lepaskan sikit-sikit. Semua tu ujian, tak kira banyak ke, sikit ke. Bagaimana kita menggunakan rezeki yang Allah bagi tu yang penting. Mungkin Allah bagi kat kita sikit-sikit takut kalau Dia bagi banyak, kita tak mampu nak urus. Mana tahu dengan duit yang banyak, kita lupa pada Dia. Sikit-sikit, tapi selalu ada kan? Itulah nama nya rezeki.

Dan rezeki kami hari tu..durian!! Wah..dapat makan pulut durian subhanallah sedapnya. Tengahari tu pulak, dapat kami merasa ikan patin masak tempoyak dan sayur keladi masak pedas. Bertambah-tambah. Kalau duduk lagi 3,4 hari mau 2,3 kilo naik badan ni.

Terima kasih Opah. Untuk makanan yang enak-enak dan nasihat yang berguna tu.
Nik Nur
Aduyaiii..hari ni pi kerja tak pakai cincin. Janggal sungguh rasa. Kosong jer jari-jari manisku. Itu lah, sapa soh bangun lambat,kang dah kalut pi office,kang dah tertinggal cincin kat rumah.. Rasa nak jer balik semata-mata nak ambil cincin. Memang biasanya saya tanggalkan cincin untuk mandi. Lupa nak sarungkan balik. Hmmm, lama nya jam 5.30. Nak balik ambil cincin dan tukar baju, pastu terus pi Masjid Bukit Aman. Malam ni ada kelas muqaddam dan tajwid. Sabtu lepas da tak pegi.. Asek monteng jer saya nih.. Pastu bila nak pandai.. aisshh.. oooh..tengah menaip ni jariku terasa kosong..
Nik Nur
Selepas penat lelah dengan majlis pertunangan saya, kami bersiap sedia pula untuk ke Kuala Lumpur. Adik saya, Akin akan melanjutkan pengajian nya ke Yaman pada 17 Julai 2010. Alhamdulillah, sedari kecil umi dan aba sentiasa memilih aliran agama untuk setiap anak-anak nya. Kami 7 beradik,semua bermula dari PASTI, kemudian ke sekolah rendah biasa, cuma Irah jer yang berpeluang belajar di sekolah rendah islam. Masuk ke alam menengah, kesemua kami dihantar ke sekolah agama, samada SMKA atau sekolah agama rakyat/ maahad. Bukan terpaksa, malahan kami sendiri yang memilih untuk ke sekolah agama.

Walaupun semua menamatkan tingkatan 5 di sekolah agama, tapi tiada seorang pun (dari saya hingga ke Ojak) yang memilih untuk mendalami agama hingga ke universiti. Saya memilih untuk belajar engineering, Ana memilih untuk belajar matematik (akhir nya kerja dalam bidang engineering juga!) dan Ojak juga memilih engineering (genetic). Alhamdulillah, umi dan aba tidak pernah menyekat minat kami. Cuma Akin, dari selepas PMR Akin tidak cenderung ke arah sains dan matematik. Pada mula nya kami agak keberatan bila Akin membuat keputusan untuk tidak mengambil subjek Matematik Tambahan untuk SPM dan memilih untuk mengikuti kelas perdagangan. Bila difikirkan semula, kenapa nak memaksa Akin belajar sesuatu yang dia sendiri tidak suka. Dia tidak mahu bekerja di bidang sains dan teknologi, jadi untuk apa memaksa dia belajar Fizik, Kimia dan Biologi serta Add Math. Dia tetap boleh berjaya, dengan cara dia sendiri.

Tanggungjawab

Teringat kata-kata Akin, "Dale rama-rama adik-beradik, Allah pilih Akin untuk belajar agamo, Akin pege tanggungjawab besar, insyaAllah untuk bimbing keluarga sendiri". Yer, Allah pilih Akin. Untuk belajar agama dan berada jauh dari kami. Saya juga teringat kata-kata Ustaz Hasrizal, kalau boleh dalam setiap keluarga, mesti ada sekurang-kurang nya seorang yang belajar agama (baca mendalami agama). Kerana itu kami bangga, dalam keluarga kami, ada seorang yang betul-betul bersungguh untuk belajar agama. Bukan bererti yang lain tidak mahu belajar agama, tetapi kami rebut peluang lain sedang Akin menongkah arus dan lari dari kebiasaan remaja lain.

Tanggungjawab ini besar, dengan menggalas harapan keluarga, jerih perih umi dan aba, sokongan adik-beradik dan sokongan kewangan kami kepada Akin. Ini juga satu jihad untuk Akin.

Jauh

Akin memilih Yaman, tempat yang dari segi fizikal nya tidak seperti bandar-bandar di Malaysia, bandar kecil Sana'a, suasana nya mungkin suram, diperintah tentera dan pelbagai lagi kekurangan lain. Saya dengar dari pengalaman Affan (sepupu yang pernah pergi ke Yaman), disana elektrik juga di catu, dalam sehari mungkin 4 jam tanpa elektrik. Sedar tentang segala kekurangan itu, namun masih lagi Akin bersemangat untuk pergi kesana.

Akin boleh saja belajar di universiti tempatan, malahan Akin mendapat tawaran dari USIM untuk belajar fiqh dan fatwa. Tetapi Akin tetap memilih Yaman. Di sana, ramai ulamak-ulamak besar, syeikh-syeikh hebat dalam bidang masing-masing untuk bertalaqqi. Suasana itu yang dirindu Akin.

Pergi lah Akin, kami di sini bangga denganmu. Kejarlah ilmu itu, pulang nanti dengan ilmu di dada, membimbing keluarga dan bangsa. Ketepikan kekurangan, ketepikan seketika rindu pada keluarga, kita mungkin tidak berjumpa dalam jangkamasa yang lama, tapi kasih sayang kami tetap bersama mu.

Selamat berjuang adikku...


Nik Nur
Heheheh... Saya dah kena cop..huhu.. Alhamdulillah, majlis pertunangan dah selesai. Penat, gembira, terharu, lega dan macam-macam lagi perasaan bercampur baur. Bila cincin dah tersarung di jari, separuh dari rasa keraguan dan tak selamat hilang. Terima kasih pada semua yang datang dan memeriahkan majlis. Juga kepada keluarga yang banyak bersusah payah. Huhu, macam speech pemenang anugerah la pulak.. Mmm, ni lah gambar cincin nya..cantik kan?


Dugaan
 
Allah, kami bersyukur atas segala kurniaan-Mu. Setiap ujianMu kepada kami, kami redha dan kami tempuhi. Permudahkan lah urusan ini bagi kami. Berilah kami kekuatan dalam menghadapi apa sahaja yang akan datang di antara kami, di hadapan kami dan berdepan dengan kata-kata orang.

Saya kadang tidak memahami, kenapa manusia begitu kejam. Memfitnah, menuduh dalam senyum dan paling teruk, menggunakan cara yang mengsyirikkan untuk memuaskan hati sendiri. Kenapa tidak mahu berusaha kalau mahu berada di posisi selesa dalam syarikat? Apa mereka ingat orang lain goyang kaki untuk 'established' dalam kerja.. Selalu nak ambil jalan mudah tetapi rajin pula nak buat benda-benda yang kufur tu. Saya cukup marah. Marah kerana saya tahu, yang dia berusaha keras dalam setiap tugasan yang diberi. Sanggup balik lewat malam, sanggup bekerja di hujung minggu. Kenapa dengki? Setelah begitu banyak susah payah yang dia lalui.. If you want some appreciation from others, work hard!

Begitu banyak dugaan yang kami lalui. Mujur Abang kuat dan stay positive. Alhamdulillah, kesihatan Abang semakin pulih. Mungkin selepas ini kami akan lebih berhati-hati. Kawan boleh makan kawan. Bukan bersangka buruk, tapi sudah perit. Biarlah, kami berserah pada Allah.

Selepas diperkenalkan

Saya sayangkan dia kerana hatinya, kerana sifat tanggungjawabnya dan kerana penyayang nya dia. Jadi, apa jua kata-kata orang tentang dia, tidak akan sekali-kali mengugat pendirian saya. Mereka belum kenal, justeru boleh saja mereka menilai dari luaran. Mungkin saya berkecil hati..ya.. Tapi, andai saja saya diberi pilihan lain yang mungkin secara lahiriah nya cukup indah dimata, tetap jua hati saya adalah untuk nya. Dia cukup menenangkan mata saya melihat nya, menenangkan hati saya mendengar suaranya dan membuat saya tersenyum dengan lucunya.

Tapi syukur Alhamdulillah, umi, aba dan adik-adik sukakan dia. Redha mereka yang lebih penting.


Semoga hubungan ini berterusan hingga kami diijab kabulkan, seterus nya hingga ke syurga.. Ameen..
Nik Nur
Alhamdulillah,dengan sedikit kepayahan dan suka duka, saya sudah berada di tangga pertama fasa baru hidup saya. Walaupun dalam keadaan yang sedikit sibuk dan serba kekurangan, pertemuan dua keluarga berjaya diaturkan. Saya agak berdebar-debar ketika kali pertama memperkenalkan pilihan hati saya kepada keluarga. Terutama apabila memikirkan apakah reaksi mereka dan pendapat mereka tentang dia. Saya berharap keluarga dapat menerima dia seada nya dia dan mendoakan kebahagiaan kami.

Tiga hari di kampung sangat membahagiakan. Seronok dengan keghairahan umi dan aba untuk menerima orang baru dalam keluarga kami. Tenang kerana hubungan kami kini sudah mendapat restu kedua-dua keluarga. Gembira kerana dapat bertemu adik-adik tersayang, umi dan aba. Gelak tawa mereka sesungguhnya mendamaikan hati ini.

Ya Allah peliharalah hubungan kami semua. Titipkan lah kasih sayangMu kepada kami. Ya Allah, kami memohon agar kehadiran dia dalam keluarga akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Berilah kebahagian kepada orang-orang yang amat kusayangi ini ya Allah. Berilah nur dan hidayahMu kepada kami. Kami ingin hubungan kami ini terbina dari kasih sayangMu. Amin..

Adik-adik, walaupun kelak nor sudah menjadi seorang isteri, Nor akan tetap menjadi kakak kepada kalian. Kita tetap akan seperti dulu. Nor sayang pada adik-adik. Dilahirkan ke dunia didalam keluarga ini, sebagai kakak kepada kalian adalah sesuatu yang amat Nor syukuri. Adik beradik kito meme beh!

kami..selepas kunjungan keluarga dia.

huhu..
Nik Nur
Hati rasa gundah gulana.

Fikiran melayang-layang.

Di bibir senyum terukir.

Di hati rindu bersinggah.

Hari silih berganti.

Jiwa meronta ingin berjumpa.

Dirinya, lucunya, senyumnya, comelnya.

Semua berkisar tentang dia.

Allah, beriku kekuatan.

Sehingga saat kami disatukan.
Nik Nur
I'm not a good listener. But yet a few of my friends and my family members like to share with me. I feel honoured and grateful. They must have choose me for a reason. And on my behalf, I have to be transparent. I will not offer any advice that will hurt them, even if I found them wrong sometimes. They have problems, things may be all over the place in their life. I can't put another wall in front of them. There will be another suitable time to talk deeply about that. When they came to me, they expect me to listen. I will keep that as a secret. Our secret. Until you spill it out. And after all, that's what friends are for, right?

I have problem of my own. But.. I don't like to share with others. It is not that I'm not put my trust on them, but I'm not good in story telling. I'm afraid they will misunderstand me, I'm afraid they will interpret it into something else. Because, I cannot tell the whole story. So, better I keep that for my own. Crying will make me feel better. And talking to my Abang will ease my feeling. Oh, how I love him so much.

By the way, I'm facing my friends that have problems in relationship, in their love life. Listening to them do affect me in such a way I can't express. They have a complicated relationship. So do I. We all have waves in our love life. But how we cope with that is the key. I'm not good in it either. But I learned. I'm still learning. Ooo Allah, please.. Please keep our love forever.

Yes, for a relationship to last forever, we have to have skills and knowledge. We have to learn. Family building is not something that we can just see how our parents did, how our surrounding reflect, it is more than that. There's so much hardship we to face, so much struggles out there, that did not happens a decade ago. Be it good, be it bad, it is something we must cope. So, building a family requires a lot of attention and knowledge. It is not easy. As to keep the relationship alive also not easy.

For those who are thinking of getting into a relationship or those who just tied the knot or may be anybody who wants to improve their relationship, I highly recommend you to buy 'Men are from Mars, Women are from Venus' by John Gray. I really fall in love with that book. It does describes woman's attitudes very well ( the characteristics reflect myself, and John Gray dont even know me..huhu) and it DOES describes men, I can say 95% true (as I compared to my male friends, family members and my Abang, sorry dear but you did treat me very well indeed).

The book describes the way men and women confront their problems, the way they think, interpret each other reaction, how they show love, how to avoid arguments and so many more. I gave this book as a wedding gift to one of my good friends. I just thought that they will appreciate as they read the the book. And I gave it to my Abang also. Hmm, I can see that we are more understand and respect each other and at the moment the waves bumping us, we are so supportive and give each other some space to take a break. It really works.

I have a pdf copy of the book, but I recommend you to buy it. You can feel it when read the book. And they have came out the new edition with an improved cover (very eye catchy). So, get your self one!

The new edition, sweet right?

Mine is like this one. Not so good but the content was a lot better than it looks.
Labels: 0 chocolates | | edit post
Nik Nur
Cinta lagi. Saat ini perasaan saya sangat terbuai-buai dan hati berbunga-bunga. For the first time ever, love has touched me right into my heart. I've been through 'crush' a few times but never really in love. It is very different. This time I am very sure that he is the one. That I would do anything for him. But yes, love never been easy. It is not just you want him and he wants you. It is far more than that. There would be so much drama, jeolousy, small argument etc. But the most important in relationship is communication. All the drama, jeolousy and argument might turn into wonderful moment. I love this relationship and praying to Allah to keep this relationship forever. Saya berdoa agar yang mengikat hubungan ini ada agama. Sekurang-kurangnya,kami ingin berusaha ke arah itu. Amin.

For once in my life i have someone who needs me
Someone i've needed so long
For once, unafraid, i can go where life leads me
And somehow i know i'll be strong

For once i can touch what my heart used to dream of
Long before i knew
Someone warm like you
Would make my dreams come true

For once in my life i won't let sorrow hurt me
Not like it hurt me before
For once, i have something i know won't desert me
I'm not alone anymore

For once, i can say, this is mine, you can't take it
As long as i know i have love, i can make it
For once in my life, i have someone who needs me
Labels: 0 chocolates | | edit post
Nik Nur
Hujung minggu yang panjang. Bukan sebab Jumaat cuti tetapi beberapa perkara hadir dalam kehidupan saya akhir-akhir ini, yang membuatkan saya banyak berfikir. Ada diantaranya terlalu indah, ada yang menyegarkan dan mendamaikan minda dan ada juga yang meresahkan. Keceriaan melihat pasangan memulakan kehidupan baru dengan segala kemewahan dan penuh warna. How I wish I was in her shoes. She's got the wedding of my dream, enter the ballroom with my favourite love song played along. A group of beautiful young girls dancing ballet to start the wedding reception, ooh how great. Not to mention, they got Ahmad Fedtri Yahya to be their wedding host that night. Saying the beautiful words and I'm just sitting over there enjoying the view and smiling myself. I'm envy, but i'm so happy for them. At least I've got the chance to be in the ballroom.


Untuk sepupuku dan isterinya, saya ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan yang indah dan mencabar mungkin? Apa sahaja dugaan yang datang, abe do dan kak farah haruslah saling bertolak ansur dan bersabar. Abe Do, Allah memberi nikmat dan rezeki yang lebih kepada Abe Do, banyakkan bersyukur dan beristighfar. Semoga kesenangan dan kemewahan itu tidak sekali-kali membuat Abe Do lupa dan lalai. Allah sedang menguji kita dengan pelbagai cara, kadang ada yang diuji dengan limpah kemewahan, diberi kesenangan dalam mencapai apa yang yang dihajati. Macam situasi Abe Do. Ada juga yang diuji dengan kepayahan dan kesukaran. Macam Nur. Ingin melangkah ke alam perkahwinan pun begitu banyak dugaan. Tapi, Nur yakin, rezeki Nur pasti ada. Walaupun jalan kehidupan berbeza-beza, tapi matlamatnya tetap sama. Iaitu mencari keredhaan-Nya. Andai punya segala kemewahan tetapi tidak bersyukur, itu kufur nikmat. Andai juga diberi dugaan yang bertimpa, tetapi selalu mengeluh dan tidak yakin dengan rezeki Allah, sifir nya sama.

Nur doakan Abe Do bahagia selamanya dan Nur pun doakan untuk diri Nur, bahagia selamanya. Jalan dihadapan masih terbentang luas. Kita pasti akan bahagia dengan cara sendiri asalkan masih teguh di jalan-Nya. Allah, ikhlaskanlah diri kami.

Apapun, saya gembira sekali dapat hadir majlis resepsi sepupu saya. Ohhh, makanannya sangat lah sedap. Shark fin soup yang enak, sampai licin mangkuk..huhu, main course yang lazat dan desert yang amat mencairkan jiwa. I would like to ask for one more, tapi kang nampak sangat kampungnya. Anyway, I really enjoy that night.

Diawal tadi saya ada menyebut tentang perkara yang meresahkan jiwa. It also about my cousin, but my other cousin. Betapa manusia itu bisa berubah dengan kadar yang kita tidak pernah menjangkanya. Saya resah jika cakap-cakap orang itu benar. Walaupun dia hanya sepupu saya, tetapi saya tetap tidak mahu perkara yang buruk berlaku padanya. Mungkin disaat ini dia merasakan, seluruh ahli keluarga menentangnya, tetapi ketahuilah, kami menentang atau lebih tepat lagi menasihatimu kerana kami sayangkan dirimu. Suatu hari nanti, kamu pasti mengiyakan kebenaran ini. Ya Allah, tunjukkan lah jalan kepada dia. Semoga dia tidak jauh tersasar dan masih sempat kembali ke jalan-Mu.

Saya juga ingin mengingatkan diri sendiri. Takutnya jika nikmat iman dan islam itu semakin menjauhi diri. Ya Allah, aku ingin tetap berada dalam limpahan nikmat iman dan islam. Janganlah Kau uji kami sehingga kami goyah dan menjauhi jalan-Mu. Tetapkan iman dihati kami Ya Allah.

Cerita hujung minggu lepas masih belum habis. Saat yang mendamaikan adalah pabila saya berkunjung ke spa dan memanjakan diri dengan aroma terapi, facial treatment dan foot massage. Oh, tak lupa, ikan-ikan kecil yang menggigit tapak kaki saya sambil memakan sel-sel kulit mati. Wah, aman sekali perasaan ini. Sesekali saya memang begitu ingin memanjakan diri, diurut, wajah dibersihkan ( extraction blackhead sakit sekali tetapi hasilnya sangat bagus), dan kaki terasa bersih. Terima kasih kepada kakitangan HerbaLine cawangan QueensBay. Saya telah bersama dengan HerbaLine sejak 2007 dan sangat lah berpuas hati dengan treatment dan produknya. Kecuali harga produk yang agak mahal pada saya.

Hujung minggu itu juga saya melawat Along (bakal kakak ipar) yang masuk hospital kerana sinus dan telah menjalani pembedahan semalam (Isnin). Tak sempat berborak lama dengan Along, maklumlah Abang Long ada sekali. Segan sikit nak meluahkan perasaan. Chewah..
da~~
Nik Nur
Semalam, saya balik dari keja jam 6.00 petang. Sampai rumah, letak beg dan tangan terus capai 'abear'. Badan tak penat tapi rasa malas. Malas yang amat!! Terlentang sampai lah azan maghrib. Selesai bersihkan diri, saya berwuduk. Alamak! Saya terlupa samada sudah basuh kaki atau belum. Ok, takpe. Saya wuduk lagi sekali. Bukan ke berwuduk dapat menghilangkan dosa-dosa kecil. Upppsi..eh, masyaAllah. Saya terlupa lagi masa basuh muka tadi beserta niat atau pun tak. Aduyai. Ok, wuduk yang ketiga. Setelah beristighfar dalam hati, dan cuba untuk fokus, alhamdulillah, insyaAllah wuduk saya sempurna hendaknya.
Biasanya saya tak macam ni. Mengeluh panjang saya hari ni. Sampaikan tengah berwuduk pun boleh terlupa. Hari ini, eh bukan, dari semalam lagi, fikiran saya sangat bercelaru. Terasa beban dihati. It’s one after another. Apakah saya tidak bersyukur disebabkan apa yang saya rasa? Maaf kan diriku ya Allah. Dugaan ini terasa berat, tetapi aku meyakini setiap apa yang Kau tentukan untuk ku.
Seringkali saya ingin luahkan apa yang terbuku dihati. Tetapi, tiada yang memahami. I’ve tried, so many times. Seperti apa yang berlaku sebelum maghrib itu. Kind of sharing moment. Tetapi pengakhirannya sangat mendukacitakan. People judging! They offered solutions not advice. I dont need solution and why on earth do you conclude my problem without even knowing the whole condition. We still can be friends but that's it. I will never share anything with you again girl. 
Adakah saya marah? Nope. I'm upset and blame myself for sharing the problem with her. Saya bukan mencari seseorang yang akan menyokong setiap apa yang saya lakukan. Pandangan kita tak sama dan itu saya faham. Tetapi kamu hanya tahu permasalahan itu pada permukaan sahaja. Jadi sungguh tidak layak untuk kamu membuat kesimpulan. Dan kesimpulan itu makin meruntun jiwa saya. Instead of solution, I prefer advice and from there I will make my own decision.
Hanya denganMu ya Allah, apabila aku sedih, aku terasa seperti Engkau dekat sekali. Sesungguhnya Kau masih memberi aku nikmat ini. Owh, berbalik kepada wuduk. Sampai tiga kali wuduk itu sudah jatuh hukum makruh. Kerana was was dan was was ini adalah kerja syaitan. Ya Allah jauhkan ku dari godaan syaitan. Makruh ni macam makan budu. Sebab budu ni kita peram lama-lama. Kalau tak makan budu dapat pahala, tapi kalau makan budu pulak tak dapat apa-apa. Dosa pun  tak, pahala pun tak. Maksudnya kat sini, kalau tak was-was masa ambil wuduk dapat pahala, kalau was-was sampai 3,4 kali wuduk baru yakin, tak dapat pahala tapi tak lah sampai berdosa. Sebab wuduk ni benda wajib. Selagi tak yakin, macamana hendak solat kan? Sebab tu sebelum wuduk, bacalah Basmalah. Apa-apa pun pahala dan dosa ni kerja Allah. Kita sebagai hamba buat yang terbaik sahaja. Elakkan was-was, tunaikan yang wajib, sebolehnya tinggalkan yang makruh dan semestikan tinggalkan yang haram serta perbanyakkan yang sunat. Jangan cepat kita menghukum dosa dan pahala seseorang.

Nik Nur
The past few days were kind of tough time to me and him. I dont want to think hard over it. It's already a history, the unwanted memories. But life has to move on. We left the past far far away. People do change, we cant judge them by their past. We look forward, for a bright future and praying to Allah to keep our Iman and become soleh and solehah. Abang, I will always be with you and together we grow stronger and happy.
We complete each other. Your love always inspires me to be more than I expected. This song really about you and me.

The Reason - Hoobastank

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a resaon for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You [x4]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

Pages