Nik Nur
Aduyaiii..hari ni pi kerja tak pakai cincin. Janggal sungguh rasa. Kosong jer jari-jari manisku. Itu lah, sapa soh bangun lambat,kang dah kalut pi office,kang dah tertinggal cincin kat rumah.. Rasa nak jer balik semata-mata nak ambil cincin. Memang biasanya saya tanggalkan cincin untuk mandi. Lupa nak sarungkan balik. Hmmm, lama nya jam 5.30. Nak balik ambil cincin dan tukar baju, pastu terus pi Masjid Bukit Aman. Malam ni ada kelas muqaddam dan tajwid. Sabtu lepas da tak pegi.. Asek monteng jer saya nih.. Pastu bila nak pandai.. aisshh.. oooh..tengah menaip ni jariku terasa kosong..
Nik Nur
Selepas penat lelah dengan majlis pertunangan saya, kami bersiap sedia pula untuk ke Kuala Lumpur. Adik saya, Akin akan melanjutkan pengajian nya ke Yaman pada 17 Julai 2010. Alhamdulillah, sedari kecil umi dan aba sentiasa memilih aliran agama untuk setiap anak-anak nya. Kami 7 beradik,semua bermula dari PASTI, kemudian ke sekolah rendah biasa, cuma Irah jer yang berpeluang belajar di sekolah rendah islam. Masuk ke alam menengah, kesemua kami dihantar ke sekolah agama, samada SMKA atau sekolah agama rakyat/ maahad. Bukan terpaksa, malahan kami sendiri yang memilih untuk ke sekolah agama.

Walaupun semua menamatkan tingkatan 5 di sekolah agama, tapi tiada seorang pun (dari saya hingga ke Ojak) yang memilih untuk mendalami agama hingga ke universiti. Saya memilih untuk belajar engineering, Ana memilih untuk belajar matematik (akhir nya kerja dalam bidang engineering juga!) dan Ojak juga memilih engineering (genetic). Alhamdulillah, umi dan aba tidak pernah menyekat minat kami. Cuma Akin, dari selepas PMR Akin tidak cenderung ke arah sains dan matematik. Pada mula nya kami agak keberatan bila Akin membuat keputusan untuk tidak mengambil subjek Matematik Tambahan untuk SPM dan memilih untuk mengikuti kelas perdagangan. Bila difikirkan semula, kenapa nak memaksa Akin belajar sesuatu yang dia sendiri tidak suka. Dia tidak mahu bekerja di bidang sains dan teknologi, jadi untuk apa memaksa dia belajar Fizik, Kimia dan Biologi serta Add Math. Dia tetap boleh berjaya, dengan cara dia sendiri.

Tanggungjawab

Teringat kata-kata Akin, "Dale rama-rama adik-beradik, Allah pilih Akin untuk belajar agamo, Akin pege tanggungjawab besar, insyaAllah untuk bimbing keluarga sendiri". Yer, Allah pilih Akin. Untuk belajar agama dan berada jauh dari kami. Saya juga teringat kata-kata Ustaz Hasrizal, kalau boleh dalam setiap keluarga, mesti ada sekurang-kurang nya seorang yang belajar agama (baca mendalami agama). Kerana itu kami bangga, dalam keluarga kami, ada seorang yang betul-betul bersungguh untuk belajar agama. Bukan bererti yang lain tidak mahu belajar agama, tetapi kami rebut peluang lain sedang Akin menongkah arus dan lari dari kebiasaan remaja lain.

Tanggungjawab ini besar, dengan menggalas harapan keluarga, jerih perih umi dan aba, sokongan adik-beradik dan sokongan kewangan kami kepada Akin. Ini juga satu jihad untuk Akin.

Jauh

Akin memilih Yaman, tempat yang dari segi fizikal nya tidak seperti bandar-bandar di Malaysia, bandar kecil Sana'a, suasana nya mungkin suram, diperintah tentera dan pelbagai lagi kekurangan lain. Saya dengar dari pengalaman Affan (sepupu yang pernah pergi ke Yaman), disana elektrik juga di catu, dalam sehari mungkin 4 jam tanpa elektrik. Sedar tentang segala kekurangan itu, namun masih lagi Akin bersemangat untuk pergi kesana.

Akin boleh saja belajar di universiti tempatan, malahan Akin mendapat tawaran dari USIM untuk belajar fiqh dan fatwa. Tetapi Akin tetap memilih Yaman. Di sana, ramai ulamak-ulamak besar, syeikh-syeikh hebat dalam bidang masing-masing untuk bertalaqqi. Suasana itu yang dirindu Akin.

Pergi lah Akin, kami di sini bangga denganmu. Kejarlah ilmu itu, pulang nanti dengan ilmu di dada, membimbing keluarga dan bangsa. Ketepikan kekurangan, ketepikan seketika rindu pada keluarga, kita mungkin tidak berjumpa dalam jangkamasa yang lama, tapi kasih sayang kami tetap bersama mu.

Selamat berjuang adikku...


Nik Nur
Heheheh... Saya dah kena cop..huhu.. Alhamdulillah, majlis pertunangan dah selesai. Penat, gembira, terharu, lega dan macam-macam lagi perasaan bercampur baur. Bila cincin dah tersarung di jari, separuh dari rasa keraguan dan tak selamat hilang. Terima kasih pada semua yang datang dan memeriahkan majlis. Juga kepada keluarga yang banyak bersusah payah. Huhu, macam speech pemenang anugerah la pulak.. Mmm, ni lah gambar cincin nya..cantik kan?


Dugaan
 
Allah, kami bersyukur atas segala kurniaan-Mu. Setiap ujianMu kepada kami, kami redha dan kami tempuhi. Permudahkan lah urusan ini bagi kami. Berilah kami kekuatan dalam menghadapi apa sahaja yang akan datang di antara kami, di hadapan kami dan berdepan dengan kata-kata orang.

Saya kadang tidak memahami, kenapa manusia begitu kejam. Memfitnah, menuduh dalam senyum dan paling teruk, menggunakan cara yang mengsyirikkan untuk memuaskan hati sendiri. Kenapa tidak mahu berusaha kalau mahu berada di posisi selesa dalam syarikat? Apa mereka ingat orang lain goyang kaki untuk 'established' dalam kerja.. Selalu nak ambil jalan mudah tetapi rajin pula nak buat benda-benda yang kufur tu. Saya cukup marah. Marah kerana saya tahu, yang dia berusaha keras dalam setiap tugasan yang diberi. Sanggup balik lewat malam, sanggup bekerja di hujung minggu. Kenapa dengki? Setelah begitu banyak susah payah yang dia lalui.. If you want some appreciation from others, work hard!

Begitu banyak dugaan yang kami lalui. Mujur Abang kuat dan stay positive. Alhamdulillah, kesihatan Abang semakin pulih. Mungkin selepas ini kami akan lebih berhati-hati. Kawan boleh makan kawan. Bukan bersangka buruk, tapi sudah perit. Biarlah, kami berserah pada Allah.

Selepas diperkenalkan

Saya sayangkan dia kerana hatinya, kerana sifat tanggungjawabnya dan kerana penyayang nya dia. Jadi, apa jua kata-kata orang tentang dia, tidak akan sekali-kali mengugat pendirian saya. Mereka belum kenal, justeru boleh saja mereka menilai dari luaran. Mungkin saya berkecil hati..ya.. Tapi, andai saja saya diberi pilihan lain yang mungkin secara lahiriah nya cukup indah dimata, tetap jua hati saya adalah untuk nya. Dia cukup menenangkan mata saya melihat nya, menenangkan hati saya mendengar suaranya dan membuat saya tersenyum dengan lucunya.

Tapi syukur Alhamdulillah, umi, aba dan adik-adik sukakan dia. Redha mereka yang lebih penting.


Semoga hubungan ini berterusan hingga kami diijab kabulkan, seterus nya hingga ke syurga.. Ameen..

Pages