Nik Nur
Hujung minggu yang panjang. Bukan sebab Jumaat cuti tetapi beberapa perkara hadir dalam kehidupan saya akhir-akhir ini, yang membuatkan saya banyak berfikir. Ada diantaranya terlalu indah, ada yang menyegarkan dan mendamaikan minda dan ada juga yang meresahkan. Keceriaan melihat pasangan memulakan kehidupan baru dengan segala kemewahan dan penuh warna. How I wish I was in her shoes. She's got the wedding of my dream, enter the ballroom with my favourite love song played along. A group of beautiful young girls dancing ballet to start the wedding reception, ooh how great. Not to mention, they got Ahmad Fedtri Yahya to be their wedding host that night. Saying the beautiful words and I'm just sitting over there enjoying the view and smiling myself. I'm envy, but i'm so happy for them. At least I've got the chance to be in the ballroom.


Untuk sepupuku dan isterinya, saya ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan yang indah dan mencabar mungkin? Apa sahaja dugaan yang datang, abe do dan kak farah haruslah saling bertolak ansur dan bersabar. Abe Do, Allah memberi nikmat dan rezeki yang lebih kepada Abe Do, banyakkan bersyukur dan beristighfar. Semoga kesenangan dan kemewahan itu tidak sekali-kali membuat Abe Do lupa dan lalai. Allah sedang menguji kita dengan pelbagai cara, kadang ada yang diuji dengan limpah kemewahan, diberi kesenangan dalam mencapai apa yang yang dihajati. Macam situasi Abe Do. Ada juga yang diuji dengan kepayahan dan kesukaran. Macam Nur. Ingin melangkah ke alam perkahwinan pun begitu banyak dugaan. Tapi, Nur yakin, rezeki Nur pasti ada. Walaupun jalan kehidupan berbeza-beza, tapi matlamatnya tetap sama. Iaitu mencari keredhaan-Nya. Andai punya segala kemewahan tetapi tidak bersyukur, itu kufur nikmat. Andai juga diberi dugaan yang bertimpa, tetapi selalu mengeluh dan tidak yakin dengan rezeki Allah, sifir nya sama.

Nur doakan Abe Do bahagia selamanya dan Nur pun doakan untuk diri Nur, bahagia selamanya. Jalan dihadapan masih terbentang luas. Kita pasti akan bahagia dengan cara sendiri asalkan masih teguh di jalan-Nya. Allah, ikhlaskanlah diri kami.

Apapun, saya gembira sekali dapat hadir majlis resepsi sepupu saya. Ohhh, makanannya sangat lah sedap. Shark fin soup yang enak, sampai licin mangkuk..huhu, main course yang lazat dan desert yang amat mencairkan jiwa. I would like to ask for one more, tapi kang nampak sangat kampungnya. Anyway, I really enjoy that night.

Diawal tadi saya ada menyebut tentang perkara yang meresahkan jiwa. It also about my cousin, but my other cousin. Betapa manusia itu bisa berubah dengan kadar yang kita tidak pernah menjangkanya. Saya resah jika cakap-cakap orang itu benar. Walaupun dia hanya sepupu saya, tetapi saya tetap tidak mahu perkara yang buruk berlaku padanya. Mungkin disaat ini dia merasakan, seluruh ahli keluarga menentangnya, tetapi ketahuilah, kami menentang atau lebih tepat lagi menasihatimu kerana kami sayangkan dirimu. Suatu hari nanti, kamu pasti mengiyakan kebenaran ini. Ya Allah, tunjukkan lah jalan kepada dia. Semoga dia tidak jauh tersasar dan masih sempat kembali ke jalan-Mu.

Saya juga ingin mengingatkan diri sendiri. Takutnya jika nikmat iman dan islam itu semakin menjauhi diri. Ya Allah, aku ingin tetap berada dalam limpahan nikmat iman dan islam. Janganlah Kau uji kami sehingga kami goyah dan menjauhi jalan-Mu. Tetapkan iman dihati kami Ya Allah.

Cerita hujung minggu lepas masih belum habis. Saat yang mendamaikan adalah pabila saya berkunjung ke spa dan memanjakan diri dengan aroma terapi, facial treatment dan foot massage. Oh, tak lupa, ikan-ikan kecil yang menggigit tapak kaki saya sambil memakan sel-sel kulit mati. Wah, aman sekali perasaan ini. Sesekali saya memang begitu ingin memanjakan diri, diurut, wajah dibersihkan ( extraction blackhead sakit sekali tetapi hasilnya sangat bagus), dan kaki terasa bersih. Terima kasih kepada kakitangan HerbaLine cawangan QueensBay. Saya telah bersama dengan HerbaLine sejak 2007 dan sangat lah berpuas hati dengan treatment dan produknya. Kecuali harga produk yang agak mahal pada saya.

Hujung minggu itu juga saya melawat Along (bakal kakak ipar) yang masuk hospital kerana sinus dan telah menjalani pembedahan semalam (Isnin). Tak sempat berborak lama dengan Along, maklumlah Abang Long ada sekali. Segan sikit nak meluahkan perasaan. Chewah..
da~~
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

Pages