Nik Nur
Sekarang banyak kan kita dengar orang muda-muda da kena strok, serangan jantung dan high blood pressure. Sangat menakutkan. Tambah lagi ini no.1 killer di Malaysia. Kadang kita rasa orang tu gaya hidup dia aktif jer tapi kena jugak serangan jantung tetiba. Jadi apa yang kita boleh buat? Aktif pun kena jugak,jadi terpaksa akur lah kan dengan ketentuan takdir? Eh,sesuki hati jer nak akur tanpa berusaha. Mana boleh. Ingat tak teori DUIT?
Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal
Da tahu tu, jangan memandai nak tawakkal tanpa usaha dan ikhtiar. Saya cakap begini kerana pernah dengar saudara dekat saya kata - guna ubat mahal pun, kalau nak mati, mati jugak - aiyyooo. Ayat ini adalah susulan Umi iaitu seorang pengguna madu dan habbatus sauda yang sangat tegar, telah menawarkan saudara saya ni beli madu dari Umi demi menjaga kesihatan nya yang kian merudum. Okeh,sekarang Umi bunyi nya macam mengambil kesempatan diatas kesakitan orang lain. TIDAK. Dengan baik hatinya Umi memberi sebotol madu masad percuma kepada beliau, yang berharga RM90. Itupun harga ahli. Semata-mata supaya beliau guna madu instead of drug yang kerajaan bagi percuma kepada orang pencen. Sekali boleh lah bagi free, takkan nak free jer kan. Lagipun Umi jual harga ahli.

Dah lah cerita pasal tu. Sebenarnya saya nak cerita pasal Madu. Melalut sampai situ. The point is orang kita suka makan ubat dari klinik (lebih2 lagi percuma) daripada ikhtiar guna no-effect herbs like madu and habbatus sauda'. Dia macam ni tau. Memang lah kesan madu dan habbatus sauda' tu amik masa yang lama dan harga nya kalau madu tu original dan kualiti tinggi memang mahal. Tak nafi. Tapi sebab apa? Sebab dia memulihkan antibodi badan. Itu pasal amik masa. Standard lah kan. Ubat spital ni lebih kepada tahan sakit. Jadi ko akan rasa ko seperti dah sihat tapi sebenar nya tak. Err..cool ok. 

Apa yang lebih membimbangkan, ubatan spital ni jika diambil berterusan akan mengakibatkan antibodi semulajadi badan lumpuh dan boleh merosakkan buah pinggang. Ngeri. Tapi ini serius. Sebab tu ramai yang kena darah tinggi dan kencing manis, tak lama lepas tu mesti kena sakit buah pinggang. Buah pinggang tak fungsi. Pasal apa? Rosak dek ubat yang spital bagi tu. Ini fakta. Umi kenal rapat dengan seorang doktor pakar yang memang tak suggest ambil ubatan spital ni. Terpulang lah nak percaya ke tak.

Habis tu nak buat apa kalau tak leh makan ubat? Macam saya cakap tadi 'jika diambil berterusan'. Bila doktor anda prescribe anda dengan segala macam ubat, saya tengok ubat kencing manis dan darah tinggi tokwe ada 10 macam, kena makan 2 kali sehari. Boleh tak bayang banyak mana ubat korang kena makan seumur hidup korang? Banyak giler. That's why la kena sakit buah pinggang. HABIS TU??? Sambung balik ayat tergantung. Bila doktor bagi ubat, ambil. Makan seperti yang disarankan. At the same time amalkan makan madu dan habbatus sauda' serta Surah Al-Fatihah. Dan lepas tu slowly reduce the amount of prescription. Jangan tinggal terus. Kang bahaya. Tapi ingat, ini hanya untuk pesakit yang tidak kritikal sahaja. 

Ramai orang kata, madu tu kan manis. Tak elok untuk orang kencing manis. SAPA CAKAP? Yang tak elok tu gula dan nasik lah. Sebab very high glukosa. Oleh kerana Umi pengguna madu dan habbatus sauda tegar, maka kami adik beradik terpaksa rela kalau tersakit tak ada ubat lain yang kami makan. Baik asma, demam, selsema, resdung, pening kepala, darah rendah dan batuk. Madu dan habbatus sauda adalah benda yang mesti ada dalam rumah. Serius. Kalau macam saya, memang tak suka makan ubat. Bagi lah selsema soksek soksek pun, demam ke, tak ada nye pegi klinik kecuali memang nak MC. Saya akan biar jer antibodi badan dengan sendiri nya memulihkan sakit. Beserta makan madu setelah dengar bebelan Umi.

Baru 2, 3 hari ni saya pulih dari selsema. Tegar tak pegi klinik. Tapi keep on makan madu. Dalam setahun, ada la sebiji saya makan panadol. Itupun sebab kat kampung Abang. Since Abang dengan gentleman nya ambil kan air dan keluarkan ubat letak atas tapak tangan. Cair. Terus makan ubat. -,-'

Ini cara makan madu saya.

Madu Asli Yaman.

Masukkan dalam air panas suam suam. Kacau.

Sila minum. Comel weh mug.
0 Responses

Post a Comment

Pages