Nik Nur
Tanggapan saya sebelum ni iaitu semasa saya di tingkatan lima SMKA Tangok, masa tu saya ambil subjek Pendidikan Quran dan Sunnah dan sebahagian soalan wajib dalam exam adalah berkenaan tajwid, pada masa tu saya memang tak mengenal sangat hukum-hukum tajwid ni. Bagi saya (masa tu lah) buat apa nak sibuk-sibuk belajar tajwid, asal pandai baca sudah lah..yang penting boleh baca quran. Bahagian soalan tajwid mesti banyak salah..huhu.

Pandangan saya berbeza sekarang. Mula nya terjadi apabila saya membaca al-quran dan sering timbul tanda tanya lebih kurang macam ni - errr, macam mana na baca ni ek? apsal dia takde baris? da tu nak baca camner? errr, betul ke aku dengung sesuka hati aku nih?.... Dan bermacam-macam lagi lah. Saya mula membaca Al-Quran dari saya belajar di PASTI. Masa tu saya baru kenal huruf-huruf Al-Quran. Bila dah besar sikit, Umi mula ajar mengeja dan seterus nya membaca surah-surah muqaddam. Soal dengung, kejelasan bacaan, makhraj dan sewaktu dengan nya, semua tu saya belajar secara mendengar dari umi dan teguran-teguran umi jika saya salah baca. Saya tidak belajar tajwid secara rasmi sehingga sekolah KAFA.

Di sekolah KAFA, disebabkan saya masih budak masa tu, orientasi fikiran saya takde lah berapa betul. Hehehe. Saya belajar hanya untuk tujuan peperiksaan. Adalah beberapa hukum yang saya ingat sikit-sikit, formula-formula yang ustazah bagi. Tapi, that's it. Saya tidak mengamalkan sangat. Alhamdulillah saya khatam 'baca' Al-Quran pada usia 13 tahun. Jadi saya rasa saya dah pandai lah baca Quran. hoho..riak betul..

Da umur 26 (nak masuk 27 lagi 6 bulan) baru lah saya tergerak hati nak betul-betul belajar tajwid. Surah Al-Muzammil ayat 4 memberitahu :

 yang maksudnya ;
"Bacalah Al-Quran dengan tartil ( menjaga hukum tajwid)"

Bila dah mula belajar ni, banyak benda baru yang saya tahu. Alhamdulillah. Rupa nya terlalu cetek ilmu kita. Macamana nak dapat pahala membaca Al-Quran kalau baca ikut sedap kita jer kan? Lebih penting, bacaan dalam solat itu yang harus dijaga supaya solat kita diterima. 

Saya seronok dapat belajar Al-Quran dengan betul-betul. Seronok sehingga saya rasa ingin cepat-cepat kahwin dan dapat anak dan ajar anak-anak saya baca Al-Quran cara yang betul. Wahhh...(point nya nak cepat kawen...adeiii.)

Labels: , | edit post
0 Responses

Post a Comment

Pages