Nik Nur
Baru-baru ni, saya ikut keluarga makcik balik ke kampung nya di Jengka. Tak plan pun! Disebabkan semua nak pergi, jadi tak muat 1 kereta. Terpaksa-rela lah diriku pergi..hoho.. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam ( pergi dengan family, tahu-tahu lah, asek nak berhenti jer ). Kami bergerak dalam jam 5 petang dari Sg. Buloh dan sampai rumah Opah jam 7.15 ( 2jam 15 minit okay..).

Kampung nya di Felda 15. Suasana kampung yang sangat menyenangkan. Keluar je dari kereta terus petik buah rambutan. Hehehe..parking betul-betul bawah pokok rambutan. Memang sedap rambutan ni. Isi dia masih keras dan tak berair.

Opah seorang yang sangat mesra. Banyak dia beli lauk untuk dimasak malam tu. Selepas maghrib, kami tolong Opah masak. Hmmm, makan ikan singgang, ikan goreng, ayam goreng, petai, budu, sambal belacan dan tempoyak. Aduiii, sedap amat! Selepas makan kami bersenang-senang depan TV sambil borak-borak. Rumah kampung itu agak panas. Tapi cuaca kat Malaysia secara umum nya memang semakin panas. Cuma di rumah tu lebih terasa panas nya mungkin kerana kipas nya yang agak usang. Tapi air nya sejukkk!!

Esok nya pepagi kami dah makan banyak. Heheh..kat kampung ni asek makan jer. Pagi tu saya makan bihun goreng + mee goreng dan nasi ikan singgang semalam. Aduyai.. Yang menarik nya, masa makan pagi tu, Opah ada bagitau sesuatu yang saya ingat sampai sekarang. Dia cakap, setiap orang ada rezeki masing-masing. Ada yang Allah bagi sedebuk sekali gus. Ada yang Allah bagi sikit-sikit, Allah lepaskan sikit-sikit. Semua tu ujian, tak kira banyak ke, sikit ke. Bagaimana kita menggunakan rezeki yang Allah bagi tu yang penting. Mungkin Allah bagi kat kita sikit-sikit takut kalau Dia bagi banyak, kita tak mampu nak urus. Mana tahu dengan duit yang banyak, kita lupa pada Dia. Sikit-sikit, tapi selalu ada kan? Itulah nama nya rezeki.

Dan rezeki kami hari tu..durian!! Wah..dapat makan pulut durian subhanallah sedapnya. Tengahari tu pulak, dapat kami merasa ikan patin masak tempoyak dan sayur keladi masak pedas. Bertambah-tambah. Kalau duduk lagi 3,4 hari mau 2,3 kilo naik badan ni.

Terima kasih Opah. Untuk makanan yang enak-enak dan nasihat yang berguna tu.
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment

Pages